Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet Tahun 2016 di Parlimen tepat jam 4:00 petang pada Jumaat 24 Oktober 2015. Intisari kandungan bajet itu antaranya adalah seperti berikut::
- Pemberian Khas pada Januari 2016 berjumlah RM645 juta: RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam; RM250 kepada 1 juta pesara
- Menaikkan gaji minimum bermula 1 Julai, 2015 di sektor terlibat kecuali sektor domestik; Semenanjung (RM1,000) & Sabah, S'wak & WP Labuan (RM920)
- Pelepasan cukai pendapatan diberi ke atas caruman skim PERKESO; kelayakan caruman wajib dinaikkan kepada RM4,000
- Menaikkan had pelepasan cukai kepada RM8,000 daripada RM6,000 bagi ibu bapa anak OKU yang sedang belajar di IPT dalam dan luar negara
- Menaikkan had pelepasan cukai kepada RM8,000 daripada RM6,000 bagi setiap anak berumur melebihi 18 tahun yang sedang belajar di IPT dalam, luar negara
- Memperkenalkan pelepasan cukai baharu sebanyak RM1,500 untuk ibu & RM1,500 untuk bapa bagi anak yang menyara ibu bapa mereka
- Menaikkan had pelepasan cukai kepada RM4,000 daripada RM3,00 bagi pembayar cukai individu yang pasangannya tidak bekerja
- Menambah Pendapatan Boleh Guna M40: Menaikkan had pelepasan cukai kepada RM2,000 daripada RM1,000 bagi anak di bawah 18 tahun mulai taksiran 2016
- Meneruskan Skim Khairat Kematian - RM1,000 dan memanfaatkan waris penerima BR1M kategori isi rumah sahaja
- Kategori peserta e-Kasih: RM1,000 ke bawah, menerima RM1,050 dan akan menerima bayaran secara bulanan
- Kaedah pengagihan BR1M: Individu RM2,000 ke bawah, menerima RM400 dan akan menerima bayaran pada Januari
- Kaedah pengagihan BR1M: Isi rumah RM3,001 - RM4,000 menerima RM800 dan peringkat bayaran secara bulanan
- Kaedah pengagihan BR1M: Isi rumah RM3,000 (ke bawah) menerima RM1,000 dan peringkat bayaran secara bulanan
- Kategori baru diwujudkan iaitu peserta dalam senarai e-Kasih
- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M): Memanfaatkan 4.7 juta isi rumah & 2.7 juta individu bujang - (RM5.9 bilion)
- Melantik secara tetap pegawai lantikan 'Contract of Service' yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun bagi 10,000 pegawai kontrak
- Kadar pencen minimum RM950 sebulan bagi 50,000 pesara awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun
- Menetapkan gaji permulaan terendah ke RM1,200 sebulan bagi 60,000 penjawat awam
- Menambahbaik 252 skim perkhidmatan bagi 406,000 penjawat awam;
- Memberi satu kenaikan gaji tahunan bagi 1.6 juta penjawat awam;
- Menambaik Perkhidmatan Awam mulai 1, Julai 2016 - (RM1.4 bilion)
- Tambahan 500 unit rondaan bermotosikal PDRM & 500 unit kereta peronda - (RM35 juta)
- Program bandar selamat di 60 kawasan selamat - (RM20 Juta)
- Meningkatkan langkah keselamatan penjara - (RM50 juta)
- Membina pejabat kuarters & menaiktaraf depoh tahanan imigresen - (RM36 juta)
- 2,000 unit rumah mampu milik bagi anggota PDRM;
- 2 buah IPD di Lawas & Kota Kinabalu - (RM150 juta)
- Meningkatkan keselematan & ketenteraman awam dalam negeri berjumlah RM13.1 bilion) untuk;
- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia - (RM864 juta)
- Pembinaan 2,000 unit rumah mampu milik kepada anggota ATM
- 4,000 unit kuarters kepada anggota ATM - (RM161 juta)
- Kem tentera darat ESSCOM di FELDA Sahabat, Lahad Datu - (RM523 juta)
- Keselamatan dan Ketenteraman Awam: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk;
- Projek Ramalan dan Amaran Banjir Negara serta membangunkan Sub-Pusat Gempa Bumi & Tsunami Nasional di Sabah - (RM60 juta)
- Projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh M'sia - (RM730 juta)
- Memperkukuh Pengurusan Bencana Alam di peringkat pusat, negeri & daerah - (RM180 juta)
- Bantuan untuk anak keluarga miskin (RM100-RM450) & bantuan warga emas miskin (RM300 sebulan) - (RM662 juta)
- Menambah 20 buah pusat pemulihan dalam komuniti untuk OKU - (RM100 juta)
- Bantuan bulanan: Pekerja Cacat (RM350); OKU tidak bekerja (RM200) & Penjaga OKU terlantar (RM300)
- Memperkukuh Sistem Jaringan Perlindungan Sosial: Bantuan bulanan OKU - (RM445 juta)
- Caj penuh rawatan bagi warga asing bermula 1 Januari, 2016; bukan warganegara tidak layak terima subsidi perubatan
- Pembekalan ubat, consummables, vaksin dan reagents kepada semua hospital dan klinik kerajaan - (RM4.6 bilion)
- Menyediakan bantuan perubatan, termasuk haemodialisis untuk 10,000 pesakit kurang berkemampuan - (RM72 juta)
- Klinik 1Malaysia 328 sedia ada dan 33 baharu - (RM52 juta)
- Membina dan menaik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian dan kuarters - (RM260 juta)
- Projek Pembangunan Semula Hospital Kajang
- Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur pada Oktober 2016 - (RM848 juta)
- Pembinaan 5 hospital di Cyberjaya, Kemaman, Maran, Pasir Gudang & Pendang
- Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti: Akses Perkhidmatan Kesihatan termasuk;
- Penyelenggaraan perumahan awam kos rendah & Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia - (RM155 juta)
- Penyelenggaraan perumahan awam kos rendah & Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia - (RM155 juta)
- Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai untuk Rumah Kos Rendah & Sederhana oleh KPKT - (RM40 juta)
- Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC): 4,600 unit (Sime Darby Property); 800 unit (Kwasa Land)
- Orang Asli: 1,500 unit rumah
- PPR: Membina 22,300 unit pangsapuri & 9,800 rumah teres
- PPA1M: 100,000 unit menjelang 2018; Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25% drpd kos pembangunan
- SPNB: 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat; pemberian subsidi RM20,000 seunit rumah
- PR1MA: 175,000 unit dalam pembinaan & 10,000 unit siap 2016; dijual 20% di bawah harga pasaran
- Skim Perumahan: Perumahan Generasi Kedua Peneroka & Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
- Menyediakan Rumah Mampu Milik: PRIMA, SPNB, PPA1M, PPR, Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama, Pembangunan Berorientasikan Transit, Orang Asli
- Kadar subsidi harga padi ke RM300 daripada RM284.10
- Menambahbaik Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) mulai 1 Januari, 2016: Seragam harga padi pada RM1,200 setiap tan metrik
- Bantuan Pesawah, Pekebun Kecil & Penoreh Getah: Peningkatan pendapatan dan produktiviti bawah RISDA & FELCRA - (RM852 juta)
- Bantuan makanan tambahan, wang saku & tambang pengangkutan sekolah untuk Orang Asli - (RM45 juta)
- Program Kemajuan dan Kebajikan Orang Asli: Pembangunan Perkampungan Bersepadu - (RM80 juta)
- Program B40 bagi mendapat pekerjaan dan memulakan perniagaan - (RM100 juta)
- Pembiayaan mikro oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) - Tambahan RM200 juta dana baharu
- Membantu usahawan kecil India, SME Bank - (RM50 juta)
- Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40: Tabung TEKUN - RM500 juta bagi Bumiputera; RM100 juta Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India - RM600 juta
- Program Khas Bumiputera Sabah & Sarawak untuk projek native customary rights: pemetaan tanah Sabah (RM20 juta) & S'wak (RM30 juta) - (RM115 juta)
- Program 1 Harga 1 Sarawak & 1 Harga 1 Sabah - (RM260 juta)
- Skim pinjaman faedah melalui BSN sebanyak RM70 juta untuk membaikpulih rumah panjang dengan had pinjaman RM50,000
- Pengangkutan kelas ekonomi udara domestik bagi Rural Air Services bebas GST
- LPB Sabah bermula Sindumin ke Tawau - (RM12.8 bilion)
- LPB Sarawak (1,090 KM) dijangka siap sepenuhnya 2021 - (RM161.1 bilion)
- Pembangunan Sabah & Sarawak: Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) - Bebas Tol
- Memantap pemilikan ekuiti dan memperhebat keusahawanan Bumiputera: EKUINAS (RM400 juta), PUNB (RM250 juta), PHB (150 juta), Kg.Baru KL (RM100 juta)
- Program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional dan Peneraju Skil dan Iltizam di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera - (RM150 juta)
- Memperkasa Bumiputera: Pelbagai program di bawah TERAJU - (RM150 juta)
- Menambaik Pengurusan Tenaga Kerja Asing: Program Train & Replace untuk melatih pekerja tempatan - (RM77 juta)
- Memanfaatkan 20,000 pelatih di bawah program PLKN - (RM360 juta)
- Membina Kompleks Sukan Bagan Datoh, Perak dan naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang - (RM22 juta)
- Persiapan atlet bagi Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 pada 2017 di KL - (RM145 juta)
- Memperkasa Belia, Komuniti & NGO: Latihan Teknikal & Vokasional di IKBN & IKTBN - (RM280 juta)
- Pembinaan Akademi Pelancongan di Kolej Komuniti Kota Kinabalu dan Kolej Vokasional Sandakan dan Institut Perindustrian Serian - (RM80 juta)
- Kemudahan latihan TVET Politeknik, Kolej Komuniti, Insitut Kemahiran MARA, IKBN, ILP, GiatMARA dan Kolej Vokasional - (RM585 juta)
- Mentransformasi latihan teknikal dan vokasional: Sasaran 60% daripada 1.5 juta pekerja baharu berkemahiran TVET pada 2020
- Program Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 berjumlah RM300 juta
- Had maksimum amaun pelepasan ke atas yuran pengajian dinaikkan kepada RM7,000 daripada RM5,000 setahun
- Memantapkan pendidikan tinggi: program biasiswa untuk JPA (RM1.65 bilion), KPM (RM288 juta), KPT (RM250 juta) & KKM (RM258 juta)
- Membangunkan dan menyelenggara fasiliti pendidikan dalam aspek keselamatan dan pembelajaran - RM500 juta
- Bantuan makanan bagi murid keluarga miskin (dalam program eKasih) bagi 550,000 pelajar; sarapan pagi RM173 juta & waktu rehat RM250 juta
- Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah & menengah untuk pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah pada 2016 (RM350 juta)
- Meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris menerusi Pelaksanaan Program Dual Language & Program Highly Immersive - (RM135 juta)
- Pewujudan Sekolah Transformasi berdasarkan model Sekolah Amanah - (RM20 juta)
- Program di 9,113 kelas prasekolah - (RM44.6 juta)
- Pembinaan 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, 4 MRSM & 5 buah Sekolah Berasmara Penuh
- Mempersiaga modal insan: Memantapkan Kualiti Pendidikan Malaysia
- Melaksana mobiliti elektrik termasuk proses audit tenaga (RM45 juta)
- Membudayakan teknologi hijau: Program bawah KeTTHA (RM2 bilion) termasuk bekalan air bersih (RM877 juta) & mutu bekalan elektrik Sabah (RM515 juta)
- Program keusahawanan untuk generasi muda: BAHTERA, 1MET,GREAT dll (RM30 juta)
- Program MaGIC & Menyediakan dana permulaan Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund (RM35 juta)
- Skim Dana Lonjakan Teknologi & Inovasi oleh Malaysia Debt Ventures Bhd - RM200 juta
- Program Agensi Inovasi Malaysia (AIM) - RM100 juta
- Produktiviti, Inovasi & Teknologi Hijau: Lonjakan Inovasi dan Keusahawanan
- Mempelbagaikan penggunaan matawang asing termasuk kemudahan 'credit swap' RM - RENMINBI
- Pengukuhan Eksport: Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan & Dana Promosi Eksport MATRADE (RM235 juta)
- Penjenamaan semula MARDI, Jab.Veterinar,Jab.Pertanian & Perikanan & Projek Ladang Pengganda untuk ternakan lembu & ayam kampung (RM20 juta)
- Pembangunan Agropreneur Muda & Dana Pembiayaan Usahawan pertanian (RM70 juta)
- Program Penurunan Harga; tambahan 50 pasar tani, 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (RM190 juta)
- Menaik taraf infrastruktur saliran & pengairan di kawasan IADA (RM180 juta)
- Sektor Pertanian: Program Berimpak Tinggi (RM450 juta) untuk penanaman buah, sayur, geran pemadanan, penyelidikan herba dan ternakan ikan dlm sangkar
- Permohonan visa atas talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada
- Sektor Pelancongan: Sasaran 30.5 juta pelancong pada tahun 2016, sumbangan RM103 bilion pada ekonomi negara
- Rural Business Challenge & Program Desa Lestari (RM70 juta); Projek Kenderaan Bas MARA (RM67 juta)
- Program Ameniti Sosial terutamanya projek perparitan (RM60 juta)
- Projek Bekalan Air Luar Bandar (RM568 juta)
- Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RM878 juta)
- Menaik taraf jalan di penempatan FELDA (RM200 juta)
- Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar: Membina & menaik taraf jalan luar bandar (RM1.4 bilion)
- Projek pendigitalan penyiaran nasional untuk kualiti audio visual & kandungan TV & interaktif: RM250 juta
- Menambahbaik infrastruktur telekomunikasi: Projek jalur lebar luar bandar, high-speed jalur lebar & sistem kabel dasar laut di bawah SKMM (RM1.2 bn)
- Pelaksanaan Bus Rapid Transit (BRT): KL - Klang (RM1.5 bilion) & BRT Kota Kinabalu (RM1 bilion)
- Projek LRT3: Bandar Utama - Damansara - Johan Setia, Kelang (RM10 bilion)
- Projek MRT II: Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (RM28 bilion)
- Projek MRT: Sungai Buloh - Kajang (RM32 bilion)
- Membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak & menaiktaraf lapangan terbang Kuantan & Kota Baharu: RM42 juta
- Sistem Pengangkutan Awam Efisyen: Projek Sambungan LRT: Dari Ampang - Putra Heights; Kelana Jaya-Putra Heights (RM10 bilion
- Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak: RM900 juta
- Menambahbaik infrastruktur: membina & menambahbaik lebuhraya & rel
- Transformasi Kedai Runcit & Projek Automotive Workshop Modernisation - RM18 juta
- SME Technology Transformation Fund RM200 juta
- Mengukuh daya saing usahawan: RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan & Skim Peningkatan Kapasiti & Keupayaan PKS
- Melaksana Pelan Induk PKS: RM107 juta
- Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah (sehingga 31 Dis, 2017): Kerajaan menanggung 2% dari kadar keuntungan biaya
- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS): Sasaran sumbangan 41% kepada KDNK pada 2020
- Dana pembangunan MIDA: RM730 juta
- Pelaburan Koridor: Rubber City, Kedah (RM320 juta); Tmn Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) & Jeti Minyak Kelapa Sawit Sandakan (RM20 juta)
- Projek RAPID Pengerang - RM18 bilion
- Peruntukan modal teroka & danan ekuiti persendirian oleh Khazanah - RM500 juta
- Projek berimpak tinggi Khazanah Nasional Berhad - RM6.7 bilion
- Pembangunan Aeropolis KLIA seluas 1,300 ekar - RM7 bilion
- Pelaksanaan Cyber City Centre di Cyberjaya - RM11 bilion
- Pembangunan Malaysian Vision Valley - RM5 bilion: Dari Nilai ke Port Dickson (108,000 hektar)
- Merancakkan pelaburan domestik: Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7% bagi 2016
- GST: Rebat tunai bersamaan amaun GST yang dikbayar akan dikredit kepada pengguna bagi pengaktifan mulai 1 Jan, 2016- 31 Dis, 2016
- Pelepasan GST bagi pengimportan semula barangan yang dieksport bagi promosi, penyelidikan, pameran
- Akar teratai dan sengkuang air
- Dhal (Parpu) berasaskan kekacang daripada kacang kuda, kacang hijau dan kacang putih
- Barangan tambahan dikenakan kadar sifar GST termasuk: susu bayi (berasaskan kacang soya & organik
- Menambah baik GST: Kadar sifar GST kepada semua jenis ubat terkawal di bawah 8,630
- (iii). Simpanan Luar Jangka: RM2 bilion
- (ii). Belanja Pembangunan: RM50 bilion
- (i). Belanja Mengurus: RM215.2 bilion
- Peruntukan Bajet 2016: RM267.2 bilion
- Hasil Kerajaan Persekutuan 2015: RM222.5 bilion
- Hasil Kerajaan Persekutuan 2016: RM225.7 bilion
- Prestasi & Prospek Ekonomi: KDNK (2015): 4.5% hingga 5.5%: 4.0% hingga 5.0%
- Defisit Fiskal 2016: 3.1%: Defisit Fiskal 2015: 3.2%
- Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memulakan pembentangan Bajet 2016 tepat pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat
- Bajet 2016: Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
- Bajet 2016 memperuntukkan perbelanjaan RM265 bilion melibatkan peruntukan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan
- Laporan ekonomi 2015/2016 menyebut nilai ringgit susut 26.4 peratus berbanding Dolar AS sehingga akhir September
- Kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dijangka mencecah RM27 bil bagi tahun penuh 2015 berbanding unjuran asal RM21.7 bil
Sumber: astroawani
0 comments: