29 Oktober 2015

Empat ALK dan dua Staf KOSIJASA menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi


Gambar Berkumpulan Peserta Kursus Pengurusan & Pentadbiran Koperasi


Empat Ahli Lembaga dan dua Staf Koperasi Sibuga Jaya Sandakan Berhad (KOSIJASA) mengikuti Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi luar kampus Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Cawangan Sabah di Ibis Style Hotel, Sandakan pada 27 - 28 Oktober 2015.

Pengerusi KOSIJASA En. Alawih Dantalmura yang juga Pengerusi JKKK Kg. Keluarga mengetuai para peserta dari KOSIJASA yang pertama kali mengikuti kursus yang diwajibkan ke atas ALK.

Objektif utama kursus ini adalah untuk membolehkan peserta kursus memahami konsep dan falsafah koperasi, mengenalpasti nilai-nilai prinsip-prinsip koperasi dan memahami asas-asas dalam perundangan, pentadbiran dan pengurusan koperasi.

Sebanyak 4 subjek kursus dibentangkan Penyelaras En. Jaibit Jaudin dan Fasilitator Cik Norawati; (1) Pengenalan Koperasi, (2) Perundangan Koperasi, (3)Peranan dan Tanggunjawab ALK, (4) Tadbir Urus Koperasi.   

Sementara enam lagi ALK KOSIJASA akan mengikuti kursus yang sama pada jadual akan datang. ALK adalah diwajibkan menyertai kursus wajib anjuran MKM Cawangan Sabah.

Kumpulan pertama ini akan mengikuti kursus Bicara Profesional pada 16 Disember 2015 di Kampus MKM Kota Kinabalu.


Pembentangan oleh Penyelaras Kursus En. Jaibit Jaudin


Sesi Taklimat oleh En. Jaibit Jaudin


ALK & Staf KOSIJASA bersama Penyelaras Kursus Jaibit Jaudin dan Fasilitator Norawati Ngatmin Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sabah


Salah seorang peserta kursus menjawab soalan 


Peserta tekun mendengar pembentangan kursus


Alawih Dantalmura (depan), Ismail Hassan (tengah), Kasim Sarabi (kanan)


Pembantu Am (Urusetia) Azlinah Agus Edysusanto


Oleh:  Admin



0 comments: