Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin merasmikan Program Bersama Masyarakat Kolaborasi Jabatan Pandaftaran Negara (JPN) di Dewan Sebaguna Rumah Warga Tuan Sri Harapan Sandakan (RWTSH) pada Khamis.
Program berkenaan anjuran JPN sempena program unit pendaftaran bergerak khusus bagi penghuni warga tua Sri Harapan. Pada masa sama pihak JPN memberikan maklumat program unit pendaftaran bergerak yang perlu diketahui oleh pemimpin-pemimpin masyarakat di Bahagian Batu Sapi meliputi Kawasan Sekong (luar bandar) dan Kawasan Karamunting.
Datuk Linda berkata, matlamat utama unit bergerak JPN adalah membantu warganegara yang berhadapan kesulitan permohonan dan pembaharuan kad pengenalan di pejabat JPN.
Beliau menyuarakan harapan besar program unit pendaftaran bergerak seumpama ini diteruskan dari masa ke semasa yang akan melibatkan banyak kawasan yang masih tercicir dalam mendaftarkan kelahiran dan kad pengenalan.
Terdahulu daripada itu Pengarah JPN Sabah En. Ismail Ahmad berkata memberitahu bahawa kesedaran kalangan warganegara perlu diambil perhatian di mana mendaftarkan kelahiran dan kematian serta kad pengenalan adalah berkait dengan peruntukan undang-undang sangat penting diutamakan.
Beliau menjelaskan antara perkhidmatan unit bergerak JPN adalah pendaftaran bergerak luar bandar, penggunaan sistem online bergersk, kaunter bas bergerak, pendaftaran rumah ke rumah untuk warga orang kurang upaya serta warga emas.
Turut diselitkan pada program ini, sesi dailog antar Pengarah Pendaftaran Seabah bersama pemimpin-pemimpin masyarakat Kawasan Sekong dan Karamunting.
Hadir sama pada program berkenaan; Pegawai Kebajikn Dominic Chong, Penguasa RWTSH Rohainah Abbas dan Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi En. Kong Nyuk Thou.
Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin (tengah)
Datuk Linda berucap merasmikan program
Pengarah JPN Ismail Ahmad menyampaikan Cendrahati kepada Datuk Linda
Pemimpin masyarakat Dayang Bidasari menyuarakan soalan kemuskilan masyarakat
Datuk Linda melawat kaunter proses mendaftaran warga tua
Datuk Linda membantu salah seorang warga tua untuk mendaftar memperbaharui kad pengenalan di kaunter unit pendaftaran bergerak
Admin bersama senahagian pemimpin-pemimpin masyarakat Kawasan Sekong
Sumber: Admin
0 comments: