02 Mei 2014

JKKK penghubug rakyat dan kerajaan - Datuk Samsudin Yahya


Datuk Samsudin Yahya bersama Pengerusi-Pengerusi JKKK dan Kakitangan Unit Pembangunan Masyarakat Kawasan Sekong


Pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bukannya lesen untuk bermegah, sebaliknya perlu dijadikan sebagai jambatan penghubung antara rakyat dan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, JKKK mempunyai peranan besar sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan bagi memastikan pembangunan sesuatu kawasan itu sentiasa berterusan dengan menyalurkan segala maklumat yang sewajarnya kepada pihak berkuasa.

“Melalui JKKK membolehkan kerajaan mengenal pasti masalah yang dihadapi penduduk, seterusnya berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi kerana objektif kerajaan adalah membantu rakyat dan bukannya menyusahkan rakyat," katanya semasa majlis penyerahan watikah pelantikan Pengerusi JKKK DUN Sekong pada Rabu.

Tambah Samsudin, setiap Pengerusi JKKK perlu meningkatkan tahap kerjasama dalam kalangan penduduk bagi memastikan setiap program berkaitan kebajikan dan keselamatan penduduk dapat dilaksana serta dimanfaatkan sebaik mungkin.

JKKK juga perlu memiliki perubahan minda dengan melihat segala peluang terhidang untuk dikembangkan khususnya dalam bidang ekonomi," katanya.


Sumber: Utusan Malaysia Online




0 comments: