17 April 2014

Elaun Perumahan Wilayah guru perlu dikaji semula - ADUN Sekong Datuk Samsudin Yahya



Datuk Samsudin Yahya

Penyokong Kerajaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 43 Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata Elaun Perumahan Wilayah (EPW) adalah imbuhan yang menggantikan kemudahan kadar sewa rumah bagi pegawai yang bertukar wilayah.


"Guru juga adalah di antara golongan yang merasa tempias akibat kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat." Katanya semasa membahas Ucapan Dasar Kerajaan di Dewan Undangan Negeri Sabah yang bersidang pada Selasa.

Beliau menggesa supaya EPW untuk para guru dari negeri Sabah yang dipindahkan bertugas di luar daerah perlu diselaraskan.

Seperti contoh jelasnya, guru dari Kota Kinabalu yang dipindahkan ke Tawau, Sandakan, Lahad Datu atau lain daerah yang jauh untuk bertugas, supaya elaun perumahan mereka dikaji semula dan dislaraskan.

"Saya pinta isu elaun perumahan guru-guru dari Sabah yang dihantar untuk bertugas di luar daerah turut diberi perhatian serius."  katanya.

Justeru katanya, Kementerian Pelajaran hendaklah mengkaji semula dan menyeragamkan kadar EPW yang telah menjadi punca rasa tidak puas hati kalangan guru-guru di Sabah, supaya mereka boleh menjalankan tugasan serta tanggungjawab lebih baik dan efektif.

Dalam pada itu, beliau juga menyentuh agar kuasa penuh Pengarah Pelajaran Sabah dikuatkuasakan  secepat mungkin kerana ini telah pun diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Beliau berkata "Kita digahamakan Pengarah Pelajaran Sabah akan diberi kuasa untuk meluluskan peruntukan sehingga tidak melebihi RM5 juta."

Sehubungan itu beliau mengharapkan supaya Jabatan Pelajaran Sabah bertindak serius terhadap sekolah-sekolah yang bermasalah, usur dan rosak yang memerlukan pembaikpulihan dengan segera.

"Jangan nanti sehingga ada antar murid-murid yang tersedra, barulah pihak kementerian bertindak memperbaiki, terutamanya sekolah-sekolah di kawasan Batu Sapi seperti  SMK Batu Sapi Sandakan." katanya.

Seiring dengan itu beliau juga membangkitkan pembinaan jejantas untuk pengguna pejalan kaki yang sebahagian besarnya terdiri dari murid-murid sekolah di SMK Batu Sapi Sandakan.

Ini katanya adalah bertujuan supaya menjamin keselamatan pejalan kaki dan pelajar sekolah berkenaan yang pada masa ini terpaksa menyebrangi jalan raya yang sebok dilalui oleh banyak kenderaan berat.


Sumber: Admin




0 comments: