Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 43 Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata amat penting adalah perpaduan, menguatkan dan mengeratkan perpaduan, kerana kitalah yang menentukan untung nasib negara ini di masa hadapan.
"Semua AJK yang ada sekarang ini memberikan kerjasama kepada Bahagian, ini memudahkan kita untuk lenjalankan tugas, perpaduan yang penting kita harus mengutamakan perpaduan, kita menguatkan perpaduan, kita mengeratkan perpaduan, kerana kitalah yang akan menentukan untung nasip negara yang kita cintai ini." Katanya semasa berucap di Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 di Padang Kg. Gas, Sandakan pada Rabu.
Beliau menjelaskan, kerajaan hanya menaikkan harga petrol RON97 sementara petrol RON95 tidak berubah. Sebahagian besar pengguna RON97 adalah golongan yang berpendapatan tinggi yang menggunakan kenderaan mewah dan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah menggunakan RON95 yang tidak mengalami kenaikan harga.
Ini bermakna subsidi yang diperuntukan oleh kerajaan menepati sasaran kepada pengguna yang layak menerima bantuan subsidi.
Beliau mengharap dalam pada menempuh menjelang tahun 2014 Jawatankuasa Bahagian Batu Sapi yang baru akan dapat mempertingkatkan lagi prestasi dengan menunjukkan bahawa Batu Sapi ini akan tetap menjadi kubu kuat Barisan Nasional.
Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi berkata sebagai rakyat yang dilahirkan di Malaysia, di Sabah kita hendaklah banyakan bersyukur kerana berada dalam negara yang aman damai dan tidak seperti negara-negara lain yang bergolak akibat ketidaktentuan ekonomi dan politik mereka. Tidak seperti kita di Malaysia, sungguhpun ada pihak yang berhimpun lebih kurang 10,000 orang pada malam ambang tahun baru menunjuk perasaan di ibu negara dengan niat mahu menggulingkan kerajaan, mereka itu adalah orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
“Perhatikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin mengutamakan rakyat, walaupun harga beberapa barang kepeluan meningkat, namun beliau telah mengambil langkah drastik dengan mengumumkan pengurangan perbelanjaan pada 11 sektor perbelanjaan kerajaan.” Katanya.
“Pada tahun 2014 ini keadaan kita akan bertambah selesa dan khususnya pembangunan di Batu Sapi akan dipertingkatkan, kita berusaha untuk pindahkan penduduk setinggan ke rumah-rumah pangsa.” Sambungnya.
“Kita kesal, walaupun kita akan menyediakan dan memberikan kemudahan rumah pangsa PPR kepada mereka, tetapi mereka tidak mahu menerimanya, mereka lebih suka tinggal di kawasan-kawasan setinggan tepi laut..” Jelasnya.
Majlis berkenaan dimeriakan dengan pelbagai persembahan dan pertandingan seperti nyanyian karaoke kanak-kanak dan dewasa, pertandingan silat. Terdahulu pada siang hari telah diadakan pertandingan futsal belia Kg. Kas.
Kemuncak detik jam 12:00 malam di padang Kg. Gas julung kalinya diadakan pertunjukan bunga api di saksikan oleh Datuk Samsudin Yahya bersama masyarakat Kg. Gas.
Turut hadir; Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, Puan Rahimah Asrah, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Batu Sapi, Encik Hussein Nasip, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sekong, Encik Zantapha Zainal Abidin, Naib Ketua Puteri Batu Sapi Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Puan Khatizah Ibrahim selain barisan Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Jawatankuasa Wanita Bahagian Batu Sapi.
Pengerusi Penganjur, Cikgu Sablin (Ahli Majlis Perbandaran Sandakan)
Persembahan Tarian Tradisional oleh Persatuan Belia Kg. Gas
Peserta Pertandingan Nyanyian KaraokeDewasa
Peserta Pertandingan Silat
Sebahagian masyarakat Kg. Gas yang hadir menyaksikan program Ambang Tahun 2014
Sumber: Admin
0 comments: