Salam Sejahtera dan Salam Hormat.
Kita sudahpun dipenghujung tahun 2013 dan hampir-hampir ke Ambang Tahun 2014. Ada di antara rakan-rakan saya yang masih percaya dengan tahun-tahun yang dikaitkan dengan nasib masing-masing.
"Tahun ini tidak baik", "mungkin tahun depan membawah berkat", "tidak seperti tahun-tahun sudah banyak membawa masalah" dan sebagainya.... itulah antara kata dan pendapat mereka.
Saya terimbas kembali suatu ketika semasa saya muda remaja sewaktu masih menuntut di Tanah Semenanjung. Setiap musim cuti sekolah, jika saya tidak ada kesempatan balik kampung, saya dan rakan-rakan lain bekerja sambilan di Restoran Makanan Segera.
Pihak pengurusan di restoran itu menanda setiap meja dengan urutan nombor bermula dari 1 sehingga nombor akhir yang berdasarkan kepada berapa jumlah meja di dalam restoran berkenaan. Yang menjadi tanda tanya saya pada masa itu, tidak ada nombor 13 dicatatkan.
Contohnya, di restoran itu terdapat sebanyak 30 buah meja, pihak pengurusan menandakan semua meja dengan nombor, bermula dengan nombor 1 sehingga nombor 31, tetapi yang anehnya hanya satu nombor yang tidak dicatatkan atau ditandakan pada mana-mana meja di dalam restoran itu. Sebab itu dalam jumlah 30 buah meja tersebut, nombornya akan menjadi sehingga 31, sebab satu nombor tidak digunakan iaitu nombor 13.
Suatu hari saya bertanya kepada pengurus restoran. "Sir why there is no number 13....?"
"Number 13 is a lucky number...." Jawab pengurus restoran. (maksudnya nomnor 13 adalah nombor yang istimewa atau nombor yang bernasib baik).
"Why sir...?" Soal saya kembali pada pengurus restoran.
Sekali lagi dia menjawab. "I told you it's a lucky number!"
Ketika balik ke rumah saya tertanya-tanya dalam hati dan memikirkan panjang lebar membuat satu kajian penilaian tersendiri, mengapa dikatakan 13 is a lucky number. Adakah lain-lain restoran melakukan perkara sama seperti restoran itu.
Apa lagi, sayapun dah mula buat research tak ubah seperti seorang penyelidik ilmia. Saya mulakan dengan melukis tiga bulatan pada sekeping ketas cetak putih, di dalam bulatan pertama saya tulis nombor 1, di dalam bulatan ke-dua saya tulis nombor 3 dan di dalam bulatan ke-tiga saya tulis nombor 13.
Kemudian selepas itu saya renung dengan memerhatikan tiga bulatan, nombor dalam bulatan semuanya ganjil iaitu 1, 3 dan 13. Saya merasa risau juga dibuatnya, bab kepercayaan kepada nombor boleh membawah kepada terjerumus dalam golongan syirik.
Lalu nombor itu saya kaitkan dengan kitab Al-Quran di mana surah yang pertama di dalam Al-Quran ialah Al-Fatihah, surah ke-tiga ialah Al-Imran dan surah ke-13 ialah Ar-Rad. Selepas itu saya lihat dan baca apa pula rahasia yang terkandung pada 3 buah surah berkenaan....
Malam sudah hampir larut, mata mula memberikan tanda mengantuk... saya akan sambung ceita ini kemudian dan sebelum itu suka saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan:
"SELAMAT TAHUN BARU MASIH 2014"
Semoga kita semua menyuntik azam masing-masing dengan semangat juang yang tidak berbelah bagi untuk meneruskan hidup yang penuh cabaran. Pelbagai ujian sedang melanda bumi Allah SWT yang kita huni ini.
"Wahai Allah Yang Empunya langit dan bumi, apa-apa yang terkandung di dalam keduanya dan apa-apa yang terkandung di antara keduanya, kami mohon kepa Mu Wahai Rab kami Pemerintah Langit dan Bumi, kurniakanlah kami kekuatan iman dan taqwa untuk menghadapi segala dugaan dan kami mohon kepada Mu Wahai Rab Yang Maha Kuasa, janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang kami tidak mampu mengharunginya, namun ujilah kami dengan sekadar ujian berdasar kemampuan kami. Sesungguhnya Engkau Rab Yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Penyayang."
Ameen.... ameen... Allahumah ameen.
0 comments: