29 Januari 2014

Berkunjung Ke Majlis Sambutan Maulid Rasul 2014 - Kampung Melayu


Cara penduduk Kg. Melayu memperingati Siarah Nabi SAW sempena Majlis Sambutan Maulid Rasul


Rombongan JKKK Kg. Keluarga di ketuai oleh Pengerusinya Encik Alawih Dantalmura telah mengadakan kunjungan ke Majlis Sambutan Maulid Rasul yang di anjurkan oleh masyarakat Kg. Melayu (dalam kariah Kg. Keluarga) pada 23 Januari lepas.

Kebiasaannya masyarakat Bajau/Suluk sejak zaman berzaman menyambut Maulid Rasul dengan membacakan dan menyampaikan sirah Nabi SAW dengan cara bacaan dalam bahasa setempat disebut "lugu" ini adalah budaya yang sekian lama di amalkan sehingga ke hari ini masih lagi dilaksanakan.

Majlis bacaan sirah Nabi SAW selalunya bermula selepas waktu Isyak dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Antara yang terlibat dalam melakukan bacaan terdiri dari wanita seramai empat hingga ke enam orang dan ada kalanya disertai juga oleh lelaki (imam).

Kemudian pada kesokan paginya, satu majlis bergunting kanak-kanak (gunting jambul) beramai-ramai akan dianjurkan pula jika sekiranya ada pihak yang berhasrat untuk melaksanakan majlis berkenaan.


Pengerusi JKKK Kg. Keluarga duduk bersama pemimpin masyarakat Kg. Melayu


Pengerusi Surau Kg. Melayu (kanan)


Majlis bacaan Sirah Nabi SAW


Menjamu selera yang dihidangkan oleh penganjur kepada para tetamu


Pengerusi JKKK sedang mengaut lauk pauk yang disediakan penganjur


Resipi Nasi Kuning menu utama menjamu selera


Para suri rumah Kg. Melayu yang bertungkus lumus menyediakan makanan


Sumber: Admin




0 comments: