15 Oktober 2013

Salam Aidil Adha (Selamat Hari Raya Qurban)




Salamu'alaikum dan Salam Hormat....

Kepada semua rakan-rakan, sanak saudara, warga muslimin dan muslimat. Dengan niat setulus ikhlas saya dan seisi keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dengan disematkan restu pengharapan dan doa semoga segala ibadah dan amal pengorbanan anda semua mendapat keberkatan di sisi Allah SWT, ameen.

Selain itu kita juga doakan semoga semua muslimin dan muslimat yang telah berangkat menunaikan Ibadah Haji pada tahun ini agar beroleh rahmat dan hidaya serta dikurniakan haji terbaik oleh Allah SWT disamping hendaknya mereka sentiasa selamat berada di dalam perjalanan haji demi keranaNya.

Saya juga mengucapkan MUBARAK dan TAHNIAH kepada rakan-rakan dan sanak saudara serta semua muslimin dan muslimat yang telah menunaikan Ibadah Qurban. Semoga ibadah yang ditunaikan mendapat berkat dan pahala yang tak terhingga dari sisi Allah SWT, ameen ya rabbul alameen.

Sesungguhnya kita amat bernasib baik kerana berada di negara aman damai atas daya usaha pentadbiran kerajan di bawah pimpinan Barisan Nasional di terajui oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Dengan kerja sama pihak keselamatan telah dapat mempertahankan negara daripada bencana musibah angkara pihak yang tidak bertanggungawab. Terutama sekali pada ketika ini di mana jenayah sedang memuncak ke tahap yang membimbangkan dan ini adalah amat meruncing pada masa sama menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat negara kita.

Sebagai rakyat, kita perlu bekerjasama dan membantu pihak keselamatan dalam proses memerangi krisis jenayah yang sedang menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Usah kita menuding jari kepada pihak keselamatan dengan melemahkan semangat mereka dengan pelbagai tuduhan dan andaian dalam mereka menyelesai dan menjalankan tugas, tetapi kita tongkat semangat mereka dengan dorongan dan kerjasama tanpa mengira kaum dan agama.

Saya berpendapat itu adalah satu sudut pengorbanan jika dinilai dari aspek mempertahankan maruah negara supaya tidak dicemari kacau bilau angkara tindakan jenayah samseng (gangsterism).

Bayangkan, kita tidak tahu menahu bahawa adanya samseng yang sangat berbahaya kalau bukannya tindakan drastik oleh pihak keselamatan memerangi aktiviti itu.

Salah satu punca bertambanya kumpulan-kumpulan samseng  adalah kecetekan iman pada anak-anak muda kita, sehingga mudahnya mereka terjebak dalam aktibiti songsang.

Saya bersetuju dengan pendapat melibatkan golongan agaman dalam parti-parti politik. Kepentingannya adalah, mereka dapat menjadi jentera penggerak menyeimbangkan perjuangan agar parti-parti tidak tertumpu hanya kepada pembangunan politik dan ekonomi tetapi pada masa sama menyeimbangkan perjuangan kearah peningkatan rohani anak-anak muda.

Sebab anak-anak muda (belia) yang ada pada hari ini akan menjadi pewaris kepemimpinan pada masa hadapan.


Oleh: Admin



0 comments: