28 April 2013

Lebih 1,000 hadir di Kg. Lupak Meluas Laut perjumpaan bersama Calon BN Datuk Samsudin Yahya


Calon Barisan Nasional, Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya dan Calon Parlimen, Datin Linda Tsen Thau Lin di perjumpaan bersama penduduk Kg. Kupak Meluas Laut


Calon Barisan Nasional (BN), Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya berkata, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengutamakan rakyat sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutamakan agenda pribadi. Sama juga seperti Calon Pembangkang di Batu Sapi lebih mengutamakan pribadinya dari adik-adik kandungnya sendiri.

Beliau berkata perkara ini dapat disaksikan dengan kehadiran adik kandung calon pembangkang di Batu Sapi, Encik Sidik Abdullah turut serta dalam perjumpaan bagi menjelaskan kepada masyarakat Batu Sapi berkenaan kredibitliti pincang mengenai abangnya yang juga sebagai calon pembangkang di Parlimen Batu Sapi.

"Jangan cuba hendak menukar kerajaan BN yang 50 tahun memerintah, apabila siap projek perumahan PPR di Lupak Meluas ini, ianya akan diutamakan kepada penduduk Kg. Lupak Meluas, khususnya mereka yang telah terlibat dalam insiden kebakaran." Jelasnya dalam perjumpaan bersama rakyat di Kg. Lupak Meluas pada Jumaat.

Beliau berkata. "Dahulu kita tidak ada masjid besar di sini, dan sekarang sebuah masjid besar sedang dalam proses pembinaan yang menelan perbelanjaan sebanyak RM5 juta untk rakyat."

Datuk Samsudin menerangkan bahawa apa yang diberikan oleh kerajaan BN adalah semata-mata untuk rakyat, untuk generasi anak-anak kita pada masa hadapan.

Katanya bandingkan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan kepimpinan pembangkang, Datuk Seri Mohd Najib melalui kerajaan BN memberikan kita Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi pemimpin pembangkang memberikan kita himpunan Bersih yang menjejaskan ketenteraman awam termasuk bersikap keras terhadap pihak keselamatan.

"Kini Najib berjanji akan menaikkan BR1M sehingga RM1,200 kepada rakyat yang layak menerima secara berperingkat, tetapi pemimpin pembangkan akan menghapuskan BR1M." tegas beliau.

"Tuan-tuan mahu BR1M hapus....?" Tanya Datuk Samsudin kepada hadirin.

"Tidak...!" Jawap penduduk dengan suara yang tinggi.

"Kalau tidak! Undi....?" Soal beliau lagi sebanyak 3 kali.

"BN, BN, BN...." Jawab pendudk yang hadir.

Terdahulu Calon BN Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin berkata, kawasan Parlimen Batu Sapi adalah kawasan separuh desa dan banyak tempat masih kekurangan infrastruktur asas dan kemudahan awam, walaupun kerjaan BN telah menyalurkan peruntukan yang banyak untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur seperti pelebaran jalan raya yang bermutu tinggi, bekalan elektrik dan air, hospital dan klinik, sekolah-sekolah dan sebagainya, tetapi memandangkan kawasan Batu Sapi luas dan penduduk-penduduk luar bandar tinggal di sini.

Katanya kerajan BN telah banyak memberikan bantuan kepada rakyat melalui dasar kerajaan BN iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan terutama kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

"Contohnya program BR1M, NetBook 1Malaysia, Bantuan Rumah, Lesen 1Malaysia, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia, Makanan Tambahan Seimbang Sekolah, Baucer Buku 1Malaysia, Bantuan Awal Perseklahan, saya percaya ada di antara saudara dan saudari yang ada di sini pernah menerima bantuan-bantuan ini." Jelasnya.

Sambungnya lagi "Bantuan kepada rakyat ini akan diteruskan tanpa mengira kaum dan fahaman agama apabila BN memenangi pilihan raya kali ini."


Calon Barisan Nasional DUN Sekong, Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya


Calon Barisan Nasional Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin


Bekas Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Encik Jainuddin Hassan @ Saimon


Bekas Ketua Bahagian SAPP Sekong, Tuan Hj. Abdul Rshid Mutalib


Calon Barisan Nasional, Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya dan Datin Linda Tsen Thau Lin bersama pemimpin masyarakat setempat


Sebahagian dari penduduk Kg. Lupak Meluas Laut yang hadir


Sebahagian dari tetamu yang turut hadir pada majlis perjumpaan


Penduduk Kg. Lupak Meluas Laut membanjir kawasan perjumpaan bersama Calon Barisan Nasional


Sumber: Admin



0 comments: