29 April 2013

Majlis Perjumpaan Bersama Calon BN di Taman Mawar


Calon DUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan Calon Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin kempen di Taman Mawar


Penduduk Taman Mawar yang hadir di Majlis Perjumpaan kali ini terkesan dengan tayangan video berkaitan tindakan pihak pembangkang yang bertentangan dengan lunas undang-undang. Tayangan menunjukkan peristiwa zikir oleh ahli-ahli Pas yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Aziz dan peristiwa perhimpunan haram pembangkang Bersih 1 dan Bersih 2 di Kuala Lumpur.

Sambil para hadirin melihat tayangan video, Datuk Samsudin Yahya menenrangkan bagaimana kejahilan pihak pembangkang melakukan tindakan extremis yang menghuruharakan suasana di Bandar Raya Kuala Lumpur sehingga tergamak memukul pegawai polis dan merosakkan kenderaan polis serta harta benda awam.

"Kita tidak mahu negara kita yang aman damai, lihat pada malam ini ada Cina, ada Melayu boleh duduk sama-sama, boleh makan sama-ssma. Kerana apa kita boleh duduk sama-sama....? Kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bertindak adil kepada semua kaum." Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi berkata setelah selesai tayangan video kepada hadirin di Taman Mawar pada Ahad.

Katanya. "Suatu ketika dahulu Anwar Ibrahim pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia, tetapi disingkirkan kerana masalah moral yang dilakukannya, tuan-tuanpun semua tahu."

Beliau menerangkan apabila terdedah salahlaku mereka, UMNO yang mereka jadikan sasaran bertanggungjawab di atas perkara itu, mereka tuduh UMNO yang tangkap gambar, UMNO yang buat fitnah.

"Saya pun direkacipta bermacam-macam kes dan dilaporkan di Sabahkini, saya pun hairan dan terkejut siapa yang bertanggungjawab dan siapa yang terlibat membikin angkara itu, sebenarnya saudara Saimon sendiri pun terlibat." Jelasnya.

Encik Jainuddin Hassan @ Saimon berdiri sambil angkat tangan menunjukkan persetujuannya dan pengakuannya yang terlibat dengan aktiviti memfitnah Datuk Samsudin Yahya.

Katanya. "Saudara Saimon sendiri telah membuat pengakuan bahawa, dia yang telah melakukan bermacam-macam fitnah terhadap saya di Sabahkini."

"Tetapi saya tidak marah dan tidak takut, kerana saya tidak pernah melakukan apa yang difitnah dan dilaporkan di Sabahkini." Jelasnya.

Datuk Samsudin berkata siang tadi Calon Pas berceramah di Pasar Taman Mawar, mengatakan bahawa Bantuan Rakyat 1Mlayasia (BR1M) adalah haram. Sedangkan mereka secara tidak langsung mendapat bantuan kerajaan BN, kalau mereka pakai kenderaan, mereka guna minyak apa...? Bermakna apa jenis bahan api yang mereka gunakan, mereka mendapat manaffat subsidi dari kerajaan BN.

Sementara Datuk Haji Daning Bajau dalam ucapan alu-aluannya mewakili Pengerusi PDM Taman Mawar memberitahu, Taman Mawar mempunyai 4,700 pengundi setakat ini.

Katanya, pada Pilihan Raya Kecil tahun 2010 Datin Linda Tsen Thau Lin pernah berjanji akan membina jalanraya bypass di Sibuga menuju ke Taman Mawar, setelah beliau memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi, beliau telah menepati janjinya dengan pelaksanaan jalan berkenaan.

"Sekarang ini, pembesaran jalanraya dari luar ke kawasan Taman Mawar sedang diusahakan untuk kemudahan penduduk Taman Mawar dan pengguna jalanraya." Katanya.

Pada majlis itu, turut berucap Bekas Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Jainuddin Hassan dengan berkata beliau bersama 16 cabang lain telah keluar dari  pembangkang, pengkhianat dan pemfitnah parti Anwar Ibrahim. 

"Saya adalah orang yang lebih tahu tentang Anwar Ibrahim, kalau pagi tadi dia datang ke Pasar Taman Mawar berkata jangan terima BR1M, dia gila." Katanya.

Beliau berhijrah kembali ke pangkuan BN adalah kerana telah mengetahui sifat-sifat Anwar Ibrahim yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi tidak dapat menterjemhkan, tidak menepati janjinya dan manipulasi keputusan yang telah dipersetujui.

Seorang lagi bekas pemimpin pembangkang Tuan Hj. Abdul Rashid Mutalib juga telah menyertai BN setelah berada bersama parti SAPP selama empat tahun, Yong Teck Lee tidak dapat melunaskan dan mengotakan janjinya. Maka itu dia merasa bosan dengan tindak tansuk pemimpin pembangkang itu lalu menyertai parti UMNO dan BN.

"Saya sudah tahu pembohongan yang dibuat oleh pemimpin Parti SAPP Yong Teck Lee, sungguhpun pernah menjadi Ketua Menteri Sabah tetapi janji-janji tidak pernah ditunaikan." Katanya.

"Apa sebabnya saya berhenti daripada menyertai parti pembangkang SAPP, kerana SAPP tidak dapat melakukan seperti apa yang di lakukan oleh BN." Jelasnya.

Sambungnya "Saya telah dapat saksikan BN boleh menjamin masa depan anak cucu kita."


Calon Barisan Nasional DUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya kempen di Taman Mawar


Calon Barisan Nasional DUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya disambut meriah penduduk Taman Mawar


Lokasi perjumpaan penuh sesak oleh penduduk pelbagai kaum Taman Mawar


Encik Majid salah seorang penduduk dan pengundi Taman Mawar


Barisan pemimpin di Majlis Perjumpaan di Taman Mawar


Datuk Hj. Daning Bajau (Wakil Pengerusi PDM Taman Mawar)


Bekas Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Encik Jaibuddin Hassan @ Saimon


Bekas Ketua Bahagian SAPP Sekong, Tuan Hj. Abdul Rashid Mutalib


Calon Barisan Nasional Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin


Datuk Samsudin Yahya semasa berucap (kempen) di perjumpaan Taman Mawar


Adik Calon Pas Parlimen Batu Sapi, Encik Sidik Abdullah berucap menjelaskan salahlaku oleh abangnya


Datuk Samsudin Yahya sempat bersalaman dengan penduduk Taman Mawar


Sumber; Admin



0 comments: