Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya
Hadir Program Simulasi Pilihan Raya oleh UMNO Bahagian Batu Sapi (Pilihan Raya Olok2) melibatkan Kawasan Parlimen & Dun. Program ini tertumpuh kepada pengundi-pengundi yang tinggal Kawasan Flat MPS, Lupak Meluas dan sekitanya pada Ahad.
Setiausaha UMNO Bahagian Batu Sapi, Encik Zantapha Zainal Abidin berkata, program simulasi pilihan raya pada hari ini adalah mendedahkan situasi sebanar proses pengundian dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau yang juga Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan N. 43 Sekong, menjelaskan ada beberapa pindaan dan pembaharuan yang telah dilakukan oleh SPR dan ini agak berbeza dengan proses pilihan raya yang lalu tertuama pengunaan dakwat kekal.
Katanya, ini adalah pendedahan awal terutama khusus untuk pengundi-pengundi baru mendaftar dan pertama kali serta belum pernah melalui proses pilihan raya sebenar.
Lebih 300 orang pengundi dihimpunkan didatangkan dari Kg. Lupak Meluas, Kg. Disayang, Kg. Tabah Baru dan Flat MPS sendiri yang mengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi dan DUN Sekong.
Program yang bermula sejak jam 2:00 petang itu dikendalikan oleh Pengerusi Bahagian IT (Puteri), Puan Rahimah Asrah mengurus perjalan proses pemilihan ala-ala SPR, memperlihatkan susana sebenar apa yang berlaku nanti sema proses pemilihan yang akan dijalanakan oleh pihak SPR.
Berucap dalam Majlis Penutupan Program Simulasi Pilihan Raya, Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, Mejor (K) Datuk Samsudin Yahaya.berkata, ini merupakan program yang kedua dijalankan selepas yang pertama oleh UMNO Bahagian Libaran baru-baru ini.
Beliau berkata, kita adakan di luar kawasan dewan yang mempamirkan keadaan sebenar yang akan berlaku menjelang pilihan raya nanti..
"Simulasi Pilihan Raya yang diadakan pada hari ini adalah penting kerana ia memberi tunjuk ajar terutama kepada pengundi-pengundi yang baru mendaftar dan belum pernah mengundi." Katanya yang juga selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N. 43 Sekong.
Katanya, program ini juga dapat memperlihatkan dan melatih para petugas-petugas yang terlibat dalam pilihan raya nanti bagaimana mengendalikan kerja masing-masing.
Turut hadir pada majlis berkenaan, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi, Puan Jamayah Hj. Sapawi, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, Encik Khairul Fidaus Akbar Khan, Ketua Puteri UMNO Batu Sapi, Puan Latifah Tahir, Barisan AJK UMNO Bahagian, AJK Wanita, AJK Pemuda, AJK Puteri, Ketua-Ketua Cawangan UMNO Batu Sapi dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat.
Encik Zantapha Zainal Abidin - Ucapan Pembukaan Majlis
Pengerusi IT, Puan Rahimah Asra - Ucapan Taklimat
Barisan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Batu Sapi
Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, Puan Jamayah Hj. Sapawih bersama Naib Wanita Puan Merlina dan AJK Wanita UMNO Batu Sapi
Tiga orang Calon Olok2 bertanding untuk dipilih oleh pengundi
Beratur menunggu giliran untuk mengundi
Seorang pengundi perempuan sedang memasukan kertas undi ke dalam peti undi khas
AJK Bahagian Encik Kamlon Hassan UMNO Batu Sapi turut mengundi
Petugas SPR menyediakan kertas undi kepada pengundi
Petugas Poling Agent
Puan Jamayah membelek-belek dompet cari kad pengenalan
Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Encik Khairul Firdaus turut mengundi
Sebahagian dari ahli Puteri UMNO Batu Sapi mengundi
Tidak ketinggalan Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya mengundi
AJK Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi
Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi bersama Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya
Situasi seperti keadaan semasa pilihan raya sebenar sedang berlangsung
Sumber: Admin
0 comments: