Penduduk daerah Sandakan akan menikmati bekalan elektrik yang lebih baik dengan bertambahnya sebuah lagi janakuasa elektrik turbin gas yang berkeupayaan menjana 20 megawatt di kawasan Batu Sapi.
Janakuasa itu telah dilancarkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang melibatkan kerjasama dari Simebest Corporation akan dapat menampung penjanaan elektrik di daerah Sandakan.
Semasa ditanya wartawan selepas lawatan ke Stesen Janakuasa Turbin Gas berkenaan, Menteri Pembangunan dan Perindustrian Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, berkata janakuasa yang sudahpun beroperasi sejak dua minggu yang lepas ini adalah untuk memberi sokongan kepada 70 megawat penjanaan elektrik yang sedang peroperasi.
Semasa ditanya wartawan selepas lawatan ke Stesen Janakuasa Turbin Gas berkenaan, Menteri Pembangunan dan Perindustrian Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, berkata janakuasa yang sudahpun beroperasi sejak dua minggu yang lepas ini adalah untuk memberi sokongan kepada 70 megawat penjanaan elektrik yang sedang peroperasi.
Katanya, dengan tambahan janakuasa untuk Pantai Timur Sabah, menjadikan penjanaan kuasa elektrik untuk daerah Sandakan berjumlah 90 megawatt.
“Saya yakin dengan pelancaran untuk sebuah lagi janakuasa elektrik turbin gas berkeupayaan 20 megawat itu sudah pasti akan dapat menampung penjanaan sedia ada,” jelasnya.
Beliau memaklumkan, pada Ogos tahun lepas SESB Cawangan Sandakan juga telah melancarkan satu set janakuasa mudah-alih yang berkeupayaan 28 megawat di Stesen Janakuasa Elektrik Seguntor.
Katanya, pada masa ini permintaan elektrik di daerah Sandakan sudah mencapai 112 megawat dan sebagai mengatasi masalah itu, pihak SESB akan mendapatkan keperluan bekalan elektrik dari grid Pantai Barat.
Beliau menjelaskan, kerajaan tidak berhasrat menaikkan tarif elektrik sebanyak 29 sen seunit yang dikenakan kepada pengguna sungguhpun kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak 45 sen seunit.
“Pihak kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan taraf itu … namun suka saya ingatkan di sini supaya pengguna mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah dan tidak membazir.
“Contohnya, kalau mereka keluar rumah untuk bekerja dan sebagainya hendaklah sentiasa menutup suis penghawa dingin atau apa saja … ini penting bagi mengurangkan kos penggunaan elektrik
“Amalan berjimat-cermat amat diterapkan dalam kehidupan seharian kita,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat.
Sumber: New Sabah Times |
0 comments: