07 Januari 2013

Kerajaan Laksana Program Pembangunan Berterusan - Ketua Menteri Sabah




Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pulau Nunuyan Laut, Sandakan berkata, Kerajaan Barisan Nasioanl (BN) akan terus melaksanakan program pembangunan untuk rakyat mengikut kesesuaian dengan perkembangan semasa.

Katanya proses pembangunan sesebuah kawasan dilaksanakan tanpa nokta dan ia diatur bagi memastikan ia mencapai matlamat kepada golongan sasar.

" Inilah usaha dan komitmen kerajaan selari dengan amanah yang diberikan oleh rakyat. " Katanya.

Beliau menjelaskan antara program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat adalah Bantuan Rakyat 1Malaysia, Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, Sentuhan Kasih dan 1Azam.

Berbeza dengan parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu melaksanakan apa-apa program untuk membantu rakyat.

“Mereka hanya pandai bercakap kosong dan bohong seperti ‘Saudagar Ubat’ untuk meraih sokongan rakyat tetapi tidak mampu menunaikan janji yang mereka berikan,”  katanya.

Beliau memberitahu parti pembangkang juga mempunyai rekod buruk dalam menunaikan janji mereka kepada rakyat. Tidak seperti BN, mempunyai rekod baik untuk menunaikan janji dan melaksanakan program pembangunan untuk rakyat disebabkan mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya.

Pada majlis itu, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman turut mengumumkan berita gembira untuk penduduk Kampung Pulau Nunuyan Laut, meluluskan peruntukan untuk membina sebuah dewan untuk sekolah rendah di pulau tersebut.


Sumber: New Sabah Times

Related Posts:

0 comments: