Gambar di atas adalah dua buah rumah PPRT yang baru siap dibina di Kampung Lupak Meluas, tetapi tumbang dengan sendirinya hanya dengan pukulan ombak pantai teluk yang kecil. Maka ramailah pihak menuding jari kepada menyalahkan kerajaan dan kementerian.
Ada pepatah mengatakan 'mencegah lebih baik dari merawat' maksudnya dalam perkara ini pengawalan rapi terhadap proses pembinaan apa sahaja projek PPRT harus diperhatikan oleh siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan di mana projek seumpama itu dlaksanakan.
Para pelaksana atau kontraktor lebih memikirkan keuntungan daripada kualiti hasil kerja mereka. Saya lebih condrong menyalahkan pihak kontaktor, kerana berkemungkinan mereka tidak mengikuti spesifikasi dalam plan pelaksanaan yang dimaksudkan atau yang diinginkan oleh jurutera yang menyediakan plan rumah.
Saya difahamkan, bagi projek-projek yang dilaksanakan di kampung Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK adalah mata dan telinga kerajaan yang ada hak memantau apa-apa pembangunan termasuklah projek rumah PPRT. Kalau kita sudah maklum, bahawa tiang sebesar 3' x 3' tidak sesuai dan tidak mampu menahan rumah, memang tidak mengikut spesifikasipun, perlu diambil tindakan dengan melaporkannya kepada pihak berwajib, agar perkara yang tidak diingini tidak menjadi lebih parah.
Bayangkan kerajaan telahpun menepati janjinya dengan penyediaan rumah PPRT kepada rakyat, tetapi angkara kerja kontraktor, malah rakyat lebih binasa kerana mengharungi bencana yang tidak disangka.
Terdahulu, pernah berlaku keadaan serupa di Kampung Air dan kali ini di Kampung Lupak Meluas yang kedua-duanya berada dalam kawasan Parlimen Batu Sapi, selepas ini dimana lagi.....?
Oleh:
Alawih D. Yusop
Pengerusi JKKK Kg. Keluarga / AJk Bhg. UMNO Batu Sapi
0 comments: