Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin berucap di majlis Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka berkata, Malaysia kini berada di landasan kukuh untuk mucul sebagai negara maju hasil daripada transformasi kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawa kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak telah berjaya dan dicapai adalah berikutan perpaduan raikyat pelbagai kaum.
Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya mengekalkan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi hari ini sebagai landasan untuk membina kejayaan yang lebih gemilang di hari esok.
Katanya. " Sebaik sahaja fajar 2013 menyingsing, detik kiraan masa untuk kita mencapai status negara maju hanya ada tinggal tujuh tahun sahaja lagi. Insa-Allah, dengan sokongan dan dukungan seluruh rakyat, dengan doa dan keazaman kita untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan, kita akan melakar masa depan bersama yang lebih sejahtera di bumi Malaysia yang kita cintai ini. "
Lebih 130,000 rakyat yang berkunjung membanjiri Dataran Merdeka dari pelbagai kaum masyarakat dengan semangat perpaduan telah ditunjukkan pada malam ambang tahun baru.
" Kita berdoa supaya tahun 2013 akan melakar sejarah baru yang lebih cemerlang serta gemilang dan bersama kepimpinan Perdana Menteri, kita akan melayari bahtera negara maju menjelang 2020. " Katanya.
Tambahnya. " Saya doakan kita terus sejahtera tanpa mengira agama dan keturunan, mengikat perjanjian untuk sama-sama menegakkan kedaulatan dan kemerdekaan negara kita. "
Beliau berharap Malaysia akan terus kekal menjadi negara yang boleh dibanggakan dan sebagai negara yang dicontohi oleh negara-negara lain.
Sumber: Bernama
0 comments: