28 Januari 2013

7,000 umat sambut Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sandakan


Peserta berhimpun mendengar ucapan pelancaran Sambuta Maulidur Rasul
Disempurnakan oleh Datuk Seri Musa Hj. Aman


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman mengajak masyarakat mengamalkan kesederhanaan atau Wasatiyyah disemarakkan ke arah kemajuan dan keharmonian dalam bentuk pelbagai kehidupan selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini  " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah "  berucapa di Padang Bandaran Sandakan pada Sabtu.

Beliau melancarkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Sandakan berkata bahawa Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun bukan sahaja memberi ruang kepada ummah untuk memperingati hari kelahiran beginda Nabi Besar Muhammad SAW tetapi juga menjadi wadah untuk memperkukuhkan ikatan ukhuwah perpaduan dalam kalangan umat Islam.

Pihaknya bersyukur kerana mempunyai kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak yang telah meperkenalkan konsep berkenaan dalam pentadbiran kerajaan pada hari ini.

" Selaras dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu  " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah "  marilah kita sama-sama mengamalkan pendekatan kesederhanaan atau wasatiyyah dalam setiap tintakan. "  Katanya.

Jelasnya, sikap kesederhanaan hendaklah diterjemahkan dengan positif terutama apabila meletakkan kedudukan umat Islam dalam dunia global, teknologi dan ilmu pengetahuan termasuk persaingan ekonomi serta membina ketamaddunan misi Islam.

Justeru katanya, umat Islam di negeri Sabah hendaklah mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW demi melakar kejayaan yang lebih besar dan bermakna dalam memperjuangkan pembelaan agama, bangsa dan negara.

Pada majlis itu, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Tuan Haji Mohd Hamsan Hj. Awang Supain berkata, sebagai melahirkan generasi Islam yang lebih berkualiti, berdisiplin dan memiliki akhlak mulia, maka gerakkan memperkasa dakwah Islamiah wasatiyyah mesti diperhebatkan lagi.

Katanya, para ilmuan Islam hendaklah tampil membawa gagasan pemikiran yang kritis, membina, ikhlas, jujur dan istiqamah berlandaskan keperluan realiti serta berpaksi menerusi wahyu dan sunnah.

" Tetapi bukannya ditafsir atau diolah mengikut rentak ideologi dan warna perjuangan mereka. "  Jelasnya.

Mohd Hamsan berkata, apa yang patutu dilakukan oleh cendekiawan Islam kini ialah menghurai, melengkap dan menyempurnakan sebagai usaha memulihara, menambahbaik dan meningkatkan hasil karya bermutu tinggi untuk kepentingan yang berfaedah kepada ummah.

" Dapat kita lihat sendiri khusus di Sandakan dengan pembinaan masjid-masjid, surau-surau dan sekolah-sekolah agama yang telah banyak didirikan manakala yang sedia ada dalam berkeadaan usang juga mendapat perhatian serius untuk dibaik-pulih. "

Beliau berkata demikian mewakili segenap masyarakat Islam daerah Sandakan merakamkan ucapan syukur ke Hadirat Allah dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman yang sentiasa prihatin kepada keperluan dan keselesaan tempat ibadah umat Islan di daerah ini.

Sejumlah 60 kontinjen masing-masing lengkap dengan sepanduk berarak sejauh 2 kilometer keliling bandar Sandakan yang bermula dari Padang Bandaran sehingga berakhir di Dewan Masyarakat, perarakan diketuai oleh Datuk Seri Musa Hj. Aman sambil diringi alunan Selawat Nabi SAW.

Dianggarkan lebih 7,000 masyarakat Islam sekitar daerah Sandakan hadir mengambil bahagian pada majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sandakan 2013M / 1434H yang berlangsung di Padang Bandaran Sandakan.



Sumber: newsabahtimes




Related Posts:

0 comments: