
Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata skim itu yang dikendalikan Bank Rakyat, menyediakan pembiayaan dari RM1,000 hingga RM50,000 bagi tujuan modal kerja atau modal pusingan serta pembelian peralatan.
" Skim ini memberi keutamaan kepada peserta yang menjalankan perniagaan Menu Rakyat 1Malaysia di mana permohonan mereka akan didahului berbanding mereka yang menjalankan perniagaan lain, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penjaja 1Malaysia di Temerloh, pada Ahad.
Katanya bagi yang berminat, mereka boleh mengisi borang yang disediakan di semua Cawangan Bank Rakyat dan dilampir salinan kad pengenalan serta salinan pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
" Bagi permohonan yang lengkap, proses kelulusan akan mengambil masa antara lima hingga 10 hari sahaja. kerajaan memperuntukkan RM50 juta menerusi skim itu. " Katanya.
Beliau berkata antara syarat permohonan skim itu ialah warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 60 tahun, berdaftar dengan SSM di Semenanjung dan pihak berkuasa tempatan bagi Sabah dan Sarawak serta berniaga sepenuh masa.
Antara keistimewaan skim itu ialah penerima tidak dikenakan faedah atau memerlukan cagaran, dikecualikan daripada semakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat dan Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) serta tempoh bayaran balik antara lima dan sembilan tahun.
Katanya orang ramai boleh mendapatkan maklumat lengkap termasuk senarai syarikat yang menawarkan Skim Berkepentingan Khas (SIS)) dengan melayari laman web SSM di http://www.ssm.com.my
" Penduduk luar bandar terutamanya perlu berbuat demikian kerana mereka adalah kumpulan sasar syarikat sedemikian dengan menawarkan pulangan pendapatan lumayan dalam masa singkat. Setakat ini, hanya 188 syarikat yang mendapat kelulusan SSM untuk menawarkan pelaburan dalam projek yang mereka laksanakan menerusi SIS, " katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang sudah melabur dalam syarikat yang tidak disenaraikan dalam laman web SSM menarik menarik balik pelaburan mereka dan melaporkannya kepada suruhanjaya berkenaan.
Sumber: Bernama
0 comments: