16 Disember 2012

Program Hari Kesedaran Jenayah


Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Hj. Aman ketika adakan lawatan di Pamiran Kesedaran Jenayah, Harbour Mall Sandakan


15 Disember 2012  -  Hadir di Program Hari Kesedaran Jenayah peringkat negeri Sabah yang pada tahun ini Sandakan telah menjadi lokasi acara yang dianjutkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Prkarangan Harbour Mall, Bandar Sandakan, dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Musa Hj. Aman.

Ketua Menteri berkata dalam ucapan perasmiannya, usaha murni dan pendekatan ternacang oleh PDRM melibatkan masyarakat telah menjadi pemangkin kepada penurunan indeks jenayah negeri Sabah apabila 1 Januari hingga 30 November tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 8.73 peratus berbanding pada tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata, pihak kerajaan dan seluruh rakyat meletakkan harapan serta keyakinan yang tinggi terhadap profesionalisme kecekapan PDRM  dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat yang sekali gus mampu meningkatkan lagi keyakinan kepada usaha pasukan PDRM menjaga keselamatan.

Katanya, keamanan dan keselamatan yang wujud membolehkan kerajaan menumpukan usaha memacu pembangunan bagi kepentingan rakyat dalam meningkatkan tara sosio-ekonomi  masing-masing. Namundemikian rakyat perlu tahu tanggunjawab mencegah jenayah dan menjaga keselamatan tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada PDRM sahaja.

Beliau menggesa setiap anggota masyarakat harus memainkan peranan masing-masing bagi memastikan persekitaran yang selamat. Masyarakat perlu mempunyai kesedaran terhadap jenayah dengan mengetahui punca berlakunya jenayah dan kesan negatif perlakuan jenayah kepada masyarakat dan masa hadapan negara.

" Saya juga mendapat maklumbalasdaripada masyarakat bahawa mereka cukup berpuas hati dengan tahap keselamatan dan perkhidmatan yang diberi oleh pihak polis melalui aktiviti Mesra Rakyat seperti  " Community Policing ", PDRM Bersama Pelanggan yang berkaitan dengan pelanggan dan yang berkaitan dengan kegiatan cegah jenayah yang dilaksanakan setakat ini. "  Katanya.

Seterusnya Ketua Menteri mengajak seluruh warga Sandakan termasuk pemimpin di pelbagai peringkat sektor awam dan swasta mahupun NGO supaya bekerjasama serta bekerjasama dan berganding bahu dengan PDRM bagi menjadikan negara khususnya negeri ini sentiasa berada dalam keadaan yang aman, selamat dan sejahtera.

Selepas upacara perasmian, Ketua Menteri menyaksikan acara penyerahan replika kunci Van Balai Polis Bergerak kepada Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowel Marung oleh Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Sabah, Tan Sri Andrew Liew Sai Fatt.

Turut hadir dalam program berkenaan; Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Peter Pang En Yin, Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Pahlawan Hamza Taib, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Ir. James Wong, selain  Wakil Rakyat Kawasan N. 43 Sekong dan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya dan Ahli Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin.


Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya hadir pada Program Hari Kesedaran Jenayah


Kawat Polis Diraja Malaysia pada majlis pembukaan Hari Kesedaran Jenayah


Sebahagian daripada barisan pemimpin-pemimpin masyarakat Kawasan N. 43 Sekong


Lautan masyarakat Sandakan menyaksikan persembahan PDRM


Bersama Pegawai PDRM Sandakan


Di hadapan perkarangan Sandakan Harbour Mall


Sumber: Admin


0 comments: