Perdana Menteri dalam jengkaut Hitachi melakukan proses pecah tanah Tapak Masjid Baru Lupak Meluas turut disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman dan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya.
16 Disember 2012: Hadir Majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak Masjid Baru Lupak Meluas, Jalan Batu Sapi, Sandakan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Tahniah kepada Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya bersama kepimpinan akar umbi telah berjaya menarik perhatian masyarakat Batu Sapi memenuhi lokasi perjumpaan bersama Perdana Menteri sehingga tidak mencukpi ruang. Ini adalah program mega pertama yang pernah saya hadiri di Kawasan Batu Sapi. Tidak dijangka kehadiran yang begitu ramai sekali, well done and good job Datuk Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi.
Dalam ucapan perasmian, Perdana Menteri berkata, pihak pembangkang umpama penjual ubat yang berpenampilan menarik, bijak berkata-kata serta memberi jaminan bahawa ubat yang dijual boleh menjadi penawar untuk semua jenis penyakit.
Dato' Sri Mohd Najib berkata, meskipun pelbagai jaminan yang diberikan, ubat yang mereka jual itu belum tentu mujarab dan boleh menjadi penawar.
" Sama juga seperti pemimpin pembangkang, sekiranya ada pemimpin yang hanya bersandarkan dengan kata-kata petah tetapi apa yang disampaikan untuk kita belum tentu dapat ditunaikan. Ia berbeza dengan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak main-main dengan janji. Oleh itu saya memberi jaminan rakyat Sabah akan terus berubah kepada keadaan yang lebih baik di bawah pimpinan kerajaan BN. " Katanya.
Menurut Perdana Menteri, rakyat sendiri boleh menilai kebolehan kepimpinan seseorang itu ketika dia mempunyai kuasa.
Dato' Sri Mohd Najib berkata. " Waktu ada kuasa, pada masa itulah kita boleh menilai kepimpinannya, nilai jasa dan baktinya, lihat akhlaknya, nilai tindakannya ketika ketika berhadapan dengan krisis atau kemelut, nilailah sama ada dia berkemampuan atau tidak. "
Selanjutnya Perdana Menteri menjelaskan. " Ini amat penting kerana kita tidak boleh memberi kuasa memimpin kepada mereka yang tidak berkemampuan dan ianya kemaruk jadi Perdana Menteri. "
" Masa depan kita dan generasi yang akan datang terlalu berharga dan besar nilainya. Oleh itu, kita tidak boleh pertaruhkannya kepada orang yang cuma jual janji dan tidak berkemampuan. " Jelas Perdana Menteri.
Perdana Menteri berkata, meskipun negara-negara lain berdepan dengan pelbagai krisis seperti masalah hutang, pertembungan politik serta pergolakan, namun Malaysia terus menjana kadar pertumbuhan yang baik dan mendapat pujian pelbagai pihak.
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak disambut oleh lautan manusia di lokasi tapak Masjid Baru Lupak Meluas, Jalan Batu Sapi, Sandakan
Barisan Pemimpin bersama ribuan masyarakat sedang menanti ketibaan Perdana Menteri
Saya bersama pemimpin Kg. Disayang, Lupak Meluas Puan Anangdiri
Sebahagian daripada penduduk Kg. Keluarga yang hadir pada majlis berkenaan
Sumber: Admin
0 comments: