
Menurut sumber di dalam astrologi Cina, terdapat satu Zodiak Cina, iaitu kitaran selama 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan sebagai melambangkan dua belas jenis personaliti yang berbeza. Secara tradisinya, zodiak berkenaan sentiasa bermula dengan haiwan Tikus, selain itu terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus mendahului dan menerajui zodiak Cina. Berikut ialah kesemua dua belas haiwan zodiak dalam urutan betul serta berhubungan dengan sifat-sifatnya.
