24 Oktober 2024

Nabi Muhammad (saw) simpati untuk semua


Nabi Muhammad (saw) sentiasa membantu orang-orang fakir dan miskin dan pernah bersabda, ‘Barangsiapa menolong saudaranya, Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan saudaranya yang muslim, maka Allah akan menghilangkan kesusahan orang itu pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak mempedulikan aib saudara seislamnya, maka Allah akan menutupi kesalahannya pada hari kiamat.”

Nabi Muhammad (saw) mengasihi makhluk Tuhan sejak awalnya dan suka menolong orang lain. Sebelum kenabian, beliau telah menyertai pakatan Hilf al-Fudul. Prinsip asas pakatan ini adalah untuk membantu orang yang telah dizalimi. Beliau berkata, penyertaan dalam pakatan ini telah memberikannya lebih kebahagiaan daripada kekayaan unta. Tambahnya, jika beliau dipanggil untuk mendapatkan bantuan atas nama pakatan ini beliau pasti akan membantu.

Hazrat Khadijah (ra) memberikan kesaksian tentang nilai-nilai akhlak Nabi Muhammad (saw) yang tinggi ketika Nabi (saw) pulang selepas wahyu pertama,

,وَاللَّهِ لَا يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وَتَحْمِلُ الْكَلَّ وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ وَتَقْرِي الضَّيْفَ وَتُعِيْنُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ‏

Maksudnya, ‘Demi Allah, Allah tidak akan membinasakan kamu sekali-kali. Kamu menunaikan kewajipan kerabat kamu, kamu memikul beban orang miskin, kamu menegakkan akhlak yang tinggi dan kebajikan yang telah hilang dari dunia dan kamu bersikap ramah dan menolong orang lain dalam kesusahan.’

Muhammad (sa)– Lelaki Sempurna (Qadian, India: Nazarat Isha’at, 2015), 256-257.


Related Posts:

0 comments: