Pokok pisang biasanya ditanam secara bebas di kawasan pekebunan dan di halaman kediaman. Terdapat juga pihak yang menanam pokok pisang secara komersal berskala besar.
Habitat Tumbuhan Pokok Pisang
Persekitaran tanaman pokok pisang tidak semestinya pada tanah khusus, sebab tanaman ini dapat menyesuaikan di.nsba-mana baik ianya kawasan dataran tinggi ataupun dataran rendah.
Menanaman pokok pisang sanfat mudah dan tidak memerlukan penjagaan khusus. Yang penting keadaan struktur tanah baik dan cahaya matahari mencukupi, supaya pokok pisang dapat tumbuh dengan selesai selepas ditanam
Namun demikian, ketinggian maksimun untuk pertumbuhan pokok pisang adalah di kawasan tidak nelebihi 100 meter dari paras laut.
Selain jenis tanah yang sesuai adalah tanah lembap dan berada di kawasan lapang kerana pokok pisang oerlukab oencahayaan sinar matahari supaya ia dapat tumbuh dengan baik.
Bagaimana Menyiapkan Benih Pisang
Anak beni pokok pisang yang ditanam diperoleh daripada pokok induk yang sihat dan diperoleh dari tanah yang bebas dari penyakit. Ia perlu bebas daripada penyakit fusarium layu dan bakteria layu.
- Anak benih dari pangkal pokok pisang diletakkan dalam tempat semaian di mana tanah campuran dengan pasir (1: 1).
- Selepas seminggu anak benih yang telah keluar akar dipindahkan ke polibeg.
- Dua bulan kemudian anak benih siap dipindahkan ke lubang penanaman di kebun (1 anak benih untuk setiap lubang), Pada jarak tidak kurang dari 2 m.
- Apabila menanam anak benih di kebun hendaklah dilakukan pada awal musim hujan supaya tanah dalam keadaab lembab.
Pokok pisang memerlukan air yang mencukupi untuk pertumbuhan yang baik. Perlu disiram dengan air selepas menanam, ketika musim hujan, anak pokok pisang tidak perlu disiram.
Pembajaan dilakukan selepas menggali lubang sebelum menanam anak benih dengan baja dasar Jenis organik atau kompos, namun sebelum itu lubang hendaklah disembur terlebih dahulu dengan racun kulat.
Menabur baja subur dilakukan pada usia 1 bulan selepas penanaman. Kemudian selepas 3 bulan jenis baja penggalak buah yang baik digunakan.
Menabur baja dilakukan di sekeliling pokok dengan jarak minimum 50 cm dari pangkal pokok. Hendaklah dipastikan bulatan yang mengelilingi pokok dibersihkan dari rumput rumpai dan lain-lain tumbuhan liar.
Kadang-kadang pokok pisang boleh terdedah angkitan kulat dan bakteria boleh menyebabkan pokok pisang payah tumbuh dengan subur dan boleh Jadi pertumbuhannya terjejas akibat serangan penyakit.
Umpamanta pokok pisang dijangkii kulat layu, kesannya adalah daun menjadi layu nampak daun kekuningan atau kemerahan, Hal ini adalah disebabkan oleh kulat Fusarium atau bakteria Xanthomonas.
Terdapat enam jenis masalah penyakit pokok pisang yang penyebabnya Adalah Antara lain; Pengorek Umbisi Pisang (2) Pengorek Batang Pisang (3) Ulat Gulong Daun (4) Trips (5) Lalat Buah dan (6) Nematod.
0 comments: