Hal ini kerana, kata Ketua Menteri Sabah itu, GRS dan BN sudah berjanji untuk bekerjasama membangunkan sabah dan membawa kemajuan kepada rakyat negeri itu.
“Kalau di (Parlimen) Batu Sapi ini calonnya (daripada) GRS, kita minta BN juga menyokong calon itu. Kalau calon itu daripada BN, GRS juga akan menyokong mereka.
“(Ini) kerana kita dalam satu kerajaan iaitu Kerajaan GRS dan BN,” katanya ketika berucap semasa Program Jelajah GRS Batu Sapi di Sandakan pada Ahad.
“Kita mesti belajar daripada kesilapan politik yang lalu. Cukuplah kita tidak perlu berpecah dan memecah belah lagi.
“Kali ini kita berharap dapat bekerjasama sebaik mungkin dan membawa Sabah ke hadapan selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya,” katanya.
Katanya, beliau telah berbincang dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun untuk meneliti isu berkenaan termasuk mewartakan penempatan setinggan dalam rizab kampung.
Sumber: Sabah Gazzete
0 comments: