03 April 2022

Selamat Berpuasa 2022/1443




Assalamualaikum wr. wb.

Ramadhan Al-Mubarak telahpun menjelma kembali mengubati hati nurani mukminin dan mukminat yang merinduinya.

Alhandulillah umat muslim seluruh negara sudah memulakan ibadah puasa hari ini 3/4/2022 selain menunaikan lain-lain ibadah supaya beroleh ganjaran istimewa yang berlipat ganda.

Wahai saudaraku dan teman-temanku sekalian Marhaban Ya Ramadhan Selamat Berpuasa.

Sungguhpun musim tengkuju telah berakhir, namun masih lagi hujan turun membasahi dan nembawa kelambapan di kawasan kita menjelang bermulanya musim puasa Ramadhan.

Ada beberapa tempat di Semenanjung yang dituruni hujan lebat dan terdapat sebahagian kawasan yang dilanda ribut dan banjir.

Mari kita perbanyak ibadah doa supaya negara kita dilindungi dari apa sahaja bentuk musiba yang mengundang.

Alhamdulillah tahun ini tidak seperti dua tahun lepas kita tidak berpeluang tunai Tarawih di masjid dan surau akibat kekangan wabak Covid-19 melanda seluruh dunia.

Semoga dengan panjatan doa sepanjang Ramadhan seluruh muslimin muslimat Allah menurunkan pertolonganNya menghapuskan wabak berkenaan.

Mudah mudahan MagfirahNya, BerkatNya dan RahmatNya dikurniakan ke atas kita semua setelah bertarung menghadapi pelbagai kesusahan dan mudarat, sepanjang musim wabak Covid-19.


Oleh:  Admin

Related Posts:

0 comments: