Tahun 2022 ini diawali dengan musim tengkuju membawa hujan yang agak ketara, terdapat di beberapa tempat dan negeri di negara kita terbabit dengan bencana banjir sehingga ribuan mangsa terkesan dengan fenomena ini.
Ada tempat tempat yang tidak pernah menghadapi banjir, tiba-tiba akhir tahun 2021 dan awal tahun 2022 berhadapan dengan gelombang tidak diduga bencana alam yang mengundang kerosakan harta benda ditambah lagi dengan keadaan ekonomi masyarakat yang tidak menentu akibat pandemik Covid-19.
Sejak setahun yang lalu saya sudah berniat untuk bersara dalam bidang pengurusan politik, di mana pada tahun 2022 saya akan mengundurkan diri dalam bidang politik.
Tugas pengurusan politik akan saya serahkan kepada seorang anak buah dan saya bertindak hanya memberikan nasihat dan tunjukajar bagaimana perjalanan pengurusan masyarakat di Kg. Keluarga.
Pada umur dan sebagai warga emas, kini saya hendak tumpukan perhatian kepada beberapa projek tertunggak dan projek khusus di mana saya perlu hadir memantau dan menjaga supaya projek tidak tergendala.
Sebab saya berpendapat, kita tidak harus membiarkan pekerja tanpa kehadiran kita. Kadang-kadang pekerja melakukan kerja tidak seperti apa yang diinginkan atau sesuai dengan rancangan yang telah ditentukan dan tidak memberikan produktiviti sebaiknya.
Keadaan inilah yang menyebabkan saya tidak mencukupi masa untuk kerja-kerja politik, oleh kerana itu saya perlu pilih anak saudara dan serahkan kepadanya yang banyak masa untuk kerja-kerja tersebut.
Ada kalahnya kita terpaksa membuat pertinbangan dan membuat pilihan yang sebaik-baiknya dalam setiap langkah untuk pembangunan kendiri, sehinggah kita terpaksa melepaskan beberapa perkara supaya rancangan tidak tergendala.
Dalam hal demikian, saya akan tetap memberikan sokongan padu tanpa belah bagi kepada pemimpin sedia ada ketika ini yang giat mengurus Bahagian Batu Sapi dan Kawasan Sekong.
Masa suntuk sedang banyak kerja perlu diselesaikan.Admin.
0 comments: