25 Disember 2021

Inilah sifat isteri yang menjadikan rezeki suami mengalir deras




Suami isteri yang taat kepada Allah akan mendatangkan keberkahan dan kemudahan rezeki, Allah juga telah memberikan rezeki bagi masing-masing dari keduanya. Namun, isteri adalah jambatan emas bagi suami untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Jangan anggap enteng doa seorang isteri untuk suaminya kerana itu setara dengan doa ibu untuk anaknya

Kerana itu, dalam Al-Qur'an dijelaskan ada beberapa sifat isteri yang bisa membuat rezeki suami mengalir deras. Sifat apakah itu? Berikut penjelasannya:


1. Isteri yang tawakal kepada Allah

Di saat seseorang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi rezekinya.

وَّيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ ؕ وَمَنۡ يَّتَوَكَّلۡ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسۡبُهٗ ؕ اِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمۡرِهٖ‌ ؕ قَدۡ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ قَدۡرًا

“.....Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).


2. Isteri yang suka bersedekah

Seorang isteri yang suka bersedekah pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Baqarah , akan dilipatgandakan Allah hingga 700 kali lipat. Bahkan hingga kelipatan lain sesuai kehendak Allah.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَا لَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَا بِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَا للّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَآءُ  ۗ وَا للّٰهُ وَا سِعٌ عَلِيْمٌ

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).


3. Isteri yang taat pada suami

Sepanjang perintah suami tidak dalam rangka mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, isteri wajib mentaatinya. Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia bisa berfikir lebih jernih dan kreativitinya muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.


4. Isteri yang selalu mendoakan suaminya juga pendukung kelancaran rezeki

Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya. “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu niscaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).


5. Isteri yang pandai bersyukur

Limpahan rezeki suami juga datang dari sifat isteri yang pandai bersyukur. Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya.


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَاِ ذْ تَاَ ذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَاَ زِيْدَنَّـكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَا بِيْ لَشَدِيْدٌ

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).

Kerana itu, mulai saat ini para isteri instropeksi dan memperbaiki ibadahnya kepada Allah dan meningkatkan kepatuhan kepada suami. Perbanyak sedekah dan bersyukur.

Wallahu A'lam.


Sumber: Kalam

0 comments: