12 Mac 2021

Majlis Penyampaian Watikah JPKK DUN Sekong - Oleh PPM Sekong, Puan Hazulizah




Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Puan Hazulizah Md Dani menyampaikan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 53 Sekong bertempat di Bilik Mesyuarat Mahkamah Anak Negeri Sandakana pada Khamis.

Belaiu mengucapkan Tahniah kepada semua JPKK yang menerima watikah pelantikan, dengan mengharapkan agar dapat menjalankan amanah dan tanggunjawab dalam pembangunan dan keselamatan kampung masing-masing.

Beliau berkat semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh integriti dan dedikasi tanpa mengira perbezaan fahaman ideologi politik.
 
JPKK juga disaran berkerjasama erat dengan jabatan dan agensi kerajaan bagi memastikan program kemajuan dan kesejahteraan kampung dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
 
Beliau yakin di mana perlantikan yang menggabungkan orang muda, wanita dan mereka yang berpengalaman akan dapat membantu pentadbiran diperingkat kampung yang lebih efektif.
 
Turut hadir; Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Puan Faridah Giau, Tuan Okk Haji Awang Damit, Tuan OKK Zantapha Zainal Abidin dan Para Pegawai UPPM N.53 Sekong.












































0 comments: