Menterinya, Datuk Jahid Jahim, berkata, peratusan tersebut merangkumi jumlah yang telah dikemukakan di Pejabat Daerah, yang mempunyai persefahaman dengan pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Katanya, bagi memudahkan rakyat, diharapkan agar kementeriannya akan menerima perakuan yang lengkap agar lebih mudah untuk memprosesnya kelak.
“Kita mengharapkan supaya untuk kemudahan rakyat kita menerima perakuan yang lengkap supaya mempermudahkan pihak kementerian untuk memproses,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) 14 Tamparuli di Dewan KPLBS, Sembulan, di sini hari ini.
“Setakat hari ini seperti yang saya katakan tadi 40 hingga 45 peratus sudah kementerian sempurnakan dan mudah-mudahan yang lain akan menyusul kemudian,” katanya.
Untuk rekod, seramai 64 Pengerusi JPKK yang menerima Watikah pada hari ini merupakan kumpulan pertama yang mendapat pelantikan dari seluruh Sabah manakala kumpulan selanjutnya akan menyusul kelak.
Sumber: Bornetoday
0 comments: