
Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata, pembubaran itu telah dipersetujui Yang Dipertua
Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
“Saya telah berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun
mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju,” katanya.
Keputusan pembubaran itu berjaya menggagalkan cubaan rampasan
kuasa oleh bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang mendakwa memiliki
majoriti mudah.
Semalam, Musa dalam sidang akhbar mendakwa beliau mendapat
sokongan majoriti dan akan menubuhkan kerajaan bersama gabungan baharu.
Pilihan raya negeri yang akan ditentukan tarikhnya oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas ini melibatkan 73 kerusi DUN berbanding
60 kerusi pada 2018.
Sumber: BorneoPost
Sumber: BorneoPost
0 comments: