Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah kekal menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga presiden parti.
Ketuanya, Datuk Hajiji Noor, berkata sokongan terbabit adalah berdasarkan suara majoriti Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU yang bermesyuarat pada 23 Februari lalu agar BERSATU keluar Pakatan Harapan (PH)
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, pendirian BERSATU Sabah adalah jelas dan berpandukan kemahuan sebahagian besar ahli majlis pimpinan tertinggi.
“BERSATU Sabah juga mahu Muhyiddin diberi peluang dan kepercayaan mengemudi negara dan seterusnya berusaha untuk mengurus dan menstabilkan kerajaan serta menyatupadukan rakyat negara ini.
“BERSATU Sabah juga berharap agar Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan kebijaksanaan mereka mencari kata sepakat bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku demi kepentingan negara dan rakyat,” tegasnya.
Sumber: Berita Harian
0 comments: