Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengarahkan semua pemimpin masyarakat memainkan peranan menyebarkan maklumat kepada penduduk kampung serta semua taman perumahan agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Presiden MPS, Wong Foo Tin berkata selaras dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai larangan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac 2020, peranan pemimpin masyarakat amat penting dalam membantu penyebaran maklumat berkenaan.
“Semua lapisan masyarakat di daerah Sandakan adalah diminta untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi manjayakan pengawalan penularan penyakit berjangkit COVID-19,” katanya.
“MPS mengambil langkah perkara-perkara berikut di mana semua penjaja di pasar umum dan pekerja di kedai runcit, supermarkat dan mereka yg mengendalikan makanan tapau (take away) di restoran adalah diminta memakai topeng muka (mask) dan sarung tangan (glove).
“Bersentuhan antara pembeli dan penjual hendaklah dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kawalan ke atas bilangan pembeli yang masuk ke supermarket dan pasar atau mana mana premis yang menyediakan perkhidmatan essential hendaklah dihadkan dan dikawal supaya jumlah yang masuk tidak terlalu ramai dalam satu masa.
Beliau berkata penjaja pasar umum, pekerja pasaraya atau runcit dan pengendali makanan tapau di restoran agar memakai topeng muka dan sarung tangan sebagai langkah pencegahan penularan penyakit berjangkit COVID-19.
“MPS mengambil langkah perkara-perkara berikut di mana semua penjaja di pasar umum dan pekerja di kedai runcit, supermarkat dan mereka yg mengendalikan makanan tapau (take away) di restoran adalah diminta memakai topeng muka (mask) dan sarung tangan (glove).
“Bersentuhan antara pembeli dan penjual hendaklah dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kawalan ke atas bilangan pembeli yang masuk ke supermarket dan pasar atau mana mana premis yang menyediakan perkhidmatan essential hendaklah dihadkan dan dikawal supaya jumlah yang masuk tidak terlalu ramai dalam satu masa.
Sumber: Utusan Borneo Online
0 comments: