
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Batu Sapi telah mengannjurkan Majli Berkhatan Beramai-ramai untuk kanak-kanak yang layak dikhatankan di Kawasan Batu Sapi.
Majlis berkenaan dianjurkan mengambil kesempatan sempena cuti persekolahan akhir tahun di mana kanak-kanak mempunyai masa yang panjang untuk berehat.
Program yang dirasmikan oleh Ketu Bahagian BERSATU Batu Sapi, Tn. Haji Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan telah berjaya mengumpulakan seramai 200 orang kanak-kanak dari seluruh Kawasan Batu Sapi.
Program berkenaan berjaya dianjurkan atas inisiatif dan kerjasama dari Srikandi dan Armada Bahagian Batu Sapi selain mendapat sokong dari anggota-anggota BERSATU Batu Sapi.
Acara khatan beramai-ramai ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 & 15 Disember 2019 bertempat di Dewan Masjid Wasatiyah, Batu Sapi.







Gambar: Ehsan dari Srikandi Batu Sapi
0 comments: