
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) hari ini tampil menjelaskan laporan media semalam berhubung kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin bahawa kerajaan akan menutup AIM.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM Datuk Junaidah Kiting berkata sebaliknya apa yang ditegaskan Hanipa dalam persidangan Dewan Rakyat berkaitan penubuhan anak-anak syarikat AIM sahaja dan bukannya penutupan operasi secara keseluruhan.
Beliau berkata pihaknya memandang serius kerajaan akan memulakan prosedur pembatalan Sijil Pemerbadanan AIM kerana tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah khususnya dalam penubuhan anak-anak syarikat.
“AIM sentiasa terbuka serta memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan untuk melaksanakan proses undang-undang sekiranya terdapat unsur-unsur meragukan dalam penubuhan anak-anak syarikat yang tidak mengikut syarat Surat Ikatan Amanah 26 April 2012 di bawah Klausa 3(C).
“Malah pengurusan baharu AIM ketika ini menegaskan tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak sekiranya wujud amalan ketirisan, penyelewengan atau penyalahgunaan dana AIM yang berlaku semasa pentadbiran lalu,” kata Junaidah dalam kenyataannya hari ini.
Sumber: freemalaysiatoday
0 comments: