31 Disember 2017

PROGRAM SENTUHAN KASIH ADUN SEKONG KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG. SUNDANG LAUT


Sumbangan RM40,000.00 kepada mangsa kebakaran


Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Hj. Samsudin Yahya menyempurnakan Program Sentuhan Kasih bersama para mangsa yang terlibat dalam kebakaran Kg. Sundang, Jalan Batu Sapi, Sandakan pada Sabtu 30 Disember 2017.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Kawasan N. 43 Sekong merakamkan rasa simpati yang teramat sangat kepada kesmua mangsa akibat musibah yang mereka tempuhi dengan kehilangan harta benda akibat bencana kebakaran baru baru ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih beluau ucapkan kepada pihak Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan-Persatuan serta Individu yang prihatin memberikan bantuan dan sumbangan kepada mangsa kebakaran.

Pada majlis berkenaan beliau menghulurkan bantuan kewangan untuk keperluan mangsa-mangsa kebakaran sebanyak RM40,000.00

Sementara itu, seramai 112 Ketua Isi Rumah menerima bantuan sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang, manakal seramai 184 orang pengudi Kawasan Sekong RM100 setiap seorang, turut menerima bantuan seramai 15 orang pengundi Kawasan Karamunting, dan 3 orang lagi pengundi Kawasan Sukau.

Selain itu, seramai 101 orang murid sekolah juga mendapat bantuan sebanyak RM100 setiap seorang murid.

Pada masa sama Ketua Puteri UMNO Batu Sapi Pn. Hazulizah Md Dani, menyumbangkan 101 buah beg sekolah untuk murid-murid berkenaan.

Hadir sama;  Ketua Bahagian LDP Karamunting En. Lim Kai Min, Ketua Bahagian LDP, PPM Kawasan Sekong En. Zantapha Zainal Abidin, Ketua Pergerakan Wanita UNNO Batu Sapi Pn. Rahima Asrah, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi En. Mohd Khairul Firdaus Datuk Akbar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi Pn. Hazulizah Md Dani.

















Sumber:  Ketua Penenrangan UMNO Batu Sapi


0 comments: