20 Disember 2017

Datuk Hj. Samsudin Yahya Adakan Lawatan Ke Projek Baikpulih Rumah Penduduk Kampung Gas Baru




Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Hj. Samsudin Yahya adakan lawatan tinjauan terhadap Projek Baikpulih Rumah untuk seramai 20 orang penduduk kampung yang terlibat di Kampung Gas Baru, Batu Sapi, Sandakan pada Khamis 14 Disember 2017.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 43 Sekong turut adakan tinjauan dua buah Projek Jambatan Separa Konkrit sepanjang 800 kaki di kampung berkenaan.

Hadir sama; PPM Kawasan Sekong En. Zantapha Zainal Abidin, Ketua Puteri UMNO Batu Sapi Pn. Hazulizah Mohd Dani, Naib Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi En. Mohd Azmi Hj. Jamal, PPPNS En.Jumain Bambang Ladawi dan En. Iqbal Ag. Damit dan Ketua Penerangan UMNO Batu Sapi En. Hussin Nasip.


















Oleh: Admin



0 comments: