" Para belia jangan terpedaya dengan dakyah fitnah pihak pembangkang "
“ Program mempelajari ilmu fardu kifayah adalah harus diketahui terutama golongan muda, kerana ia adalah perkara wajib terhadap masyarakat Islam. “ Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Yang Berhormat Mejar (K) Datuk Hj. Samsudin Yahya berkata demikian semasa merasmikan Program Raudah Jannanh bertempat di Masjid Wasatiyyah, Batu Sapi pada Sabtu 01/04/2017.
Program berkenaan adalah Kursus Pengurusan Jenazah khusus melibatkan sebanyak 5 buah kampung dalam Kawasan Sekong, Batu Sapi di anjurkan oleh Kemas Daerah Sandakan iaitu; Kg. Bahagia, Kg. Desa Permai, Kg. Gas, Kg. Sundang dan Kg. Istimewa.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 43 Sekong berkata, program seumpama ini amat penting terutama yang melibatkan golong dalam usia muda untuk mempelajarinya. Kursus pengurusan jenazah ini perlu diperluas penglibatan kampung-kampung di kawasan kepulauan.
Hubungan silatur-rahim di antara pemimpin, pegawai kerajaan dan masyarakat terutama golongan belia perlu diterapkan supaya dapat mengukuhkan hubungan kemasyarakatan Islamia yang berteraskan keamanan.
“ Para belia jangan terpedaya dengan dakyah fitnah yang dimainkan oleh pihak pembangkang, kerana fitnah amat merbahaya lebih dasyat daripada membunuh.
“ Oleh sebab itu para belia perlu menyiasat terlebih dahulu kesahihan sumber berita yang diterima terutama daripada pembangkang. “ Nasihatnya kepada belia-belia yang sedang mengikuti kursus berkenaan.
Turut hadir: Pegawai Kemas Daerah Sandakan, PPM Kawasan Sekong En. Zantapha Zainal Abidin, Ketua Penerangan UMNO Batu Sapi En. Husin Nasib dan Ahli Majlis Perbandaran Sandakan En. Jaafar Zakaria.
Pegawai Kemas Daerah Sandakan menyampaikan ucapan alu-aluan
Mejar (K) Datuk Hj. Samsudin Yahya menyampaikan Ucapan Perasmian
Datuk Hj. Samsudin Yahya memberikan sumbangan sebanyak 10 naskah
Kitab Suci Al-Quran
Kitab Suci Al-Quran
Menerima hadiah Cendrahati
Datuk Hj. Samsudin Yahya bersama peserta belia
Datuk Hj. Samsudin Yahya bersama para peserta wanita
Sumber: Admin
0 comments: