Penubuhan Kelab Usahawan & Sukarelawan Sahabat Batu Sapi (KUSSBS) sangat bermakna khusus kepada
sahabat usahawan Batu Sapi
AIM mengurus dana yang disediakan kerajaan BN untuk disalurkan sebagai pinjaman modal perniagaan bermula dari RM3,000 hingga ke RM50,000 yang khusus untuk wanita supaya dapat mengembangkan perniagaan masing-masing.
Program AIM salah satu intrumen diwujudkan kerajaan BN bagi menangani masalah kekurangan modal di kalangan usahawan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang sosial mereka.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong berkata “ Perlu disedari bahawa kualiti pembayaran balik pinjaman AIM oleh usahawan wanita akan boleh meningkatkan lagi penjaman sehingga mencecah RM50,000. “
Penubuhan Kelab Usahawan & Sukarelawan Sahabat Batu Sapi (KUSSBS) sangat bermakna khusus kepada sahabat usahawan Batu Sapi.
Kewujudannya merupakan pemangkin kepada usahawan kecil-kecilan yang apabila bergabung dalam KUSSBS dapat meningkatkan serta mengembangkan pernigaan sehingga menjadi usahawan berjaya.
Dengan penglibatan seramai 500 orang ahli dalan KUSSBS dapat mengumpulkan dana untuk pelbagai program keusahawan, seperti penganjuran kursus dan latihan keusahawan pada masa sama memudahcara dan kemahiran pengurusan perniagaan termasuk pengurusan kewangan dan modal.
Ini adalah salah satu cara kerajaan BN yang menyalurkan bantuan terus kepada rakyat untuk meninngkatkan dan menaik taraf perniagaan rakyat khusus kepada golongan usahawan wanita melalui bantuan-bantuan modal oleh agensi-agensi yang diwujudkan kerajaan.
Secara tidak langsung golongan wanita dapat memperbaiki dan menaiktaraf ekonomi masing-masing melalui penglibatan dalam KUSSBS dan AIM.
Datuk Hj. Samsudin Yahya bersama rombongan pada program berkenaan
Sebahagian daripada hadirin para Sahabat AIM Batu Sapi
Datuk Hj. Samsudin Yahya menerima Sijil Perlantikan Penaung KUSSBS
Datuk Hj. Samsudin Yahya menerima Baju Sergam sebagai Penaung KUSSBS
Datuk Hj. Samsudin Yahya menyampaikan Hadiah Cabutan Tiket Bertuah
Admin bersama AJK Bahagian Jai Kambar & Hj. Sablin turut hadir di program
Sumber: Admin
0 comments: