Pembukaan Cawangan Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad (Co-opbank Persatuan) di negeri ini dijangka dapat merancakkan lagi aktiviti kewangan dan perbankan serta menyokong aktiviti-aktiviti perniagaan dan komersil sektor koperasi di negara ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan pembukaan Co-opbank Persatuan di Sabah yang telah pun mula beroperasi pada 23 September 2016.
Katanya, Co-opbank Persatuan sehingga kini telah mencapai modak syer berbayar lebih RM343.1 juta, sementara sebanyak 531 buah koperasi daripada seluruh negara telah menganggotainya dan anggota individu melebihi 75,000 orang.
“Dengan adanya 20 cawangan merentasi semua negeri di seluruh Malaysia, Co-opbank Persatuan bukan sahaja berjaya menampatkan dirinya sebaris dengan institusi kewangan lain di negara ini malahan mampu mengangkat martabat dan kedudukan sosio ekonomi para anggotanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Co Opbank Persatuan Cawangan Kota Kinabalu di Alamesra Plaza Utama, Jalan Sulaman, di sini, kelmarin.
Turut hadir Pengerusi Co-opbank Persatuan, Datuk Haji Yusra Sabar, Naib Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Dato’ Sani Abd.Hamid, Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin, Pengarah SKM Negeri Sabah, Umar Sarim Saidin dan Pengerusi Perhubungan ANGKASA Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Haji Salleh.
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata, perubahan persekitaran ekonomi serta politik tempatan dan antarabangsa memerlukan gerakan koperasi bergerak seiringan.
“Matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi merupakan cabaran yang perlu didokong bersama oleh gerakan koperasi.
“Oleh itu sektor perkhidmatan kewangan yang merupakan nadi gerakan koperasi negara perlu diperkukuhkan untuk memastikan perkembangan sektor koperasi utama lain dalam gerakan koperasi seperti perdagangan pengedaran, pelancongan, pengeluaran makanan dan perladangan dapat dikembangkan,” katanya.
Katanya lagi dalam usaha memakmurkan ekosistem sektor koperasi negara, Dasar Koperasi Negara 2011-2020 turut menekankan perkembangan aktiviti komersil sektor koperasi dalam bidang perkhidmatan kewangan dan pembiayaan.
“Sehubungan itu, dasar tersebut telah menetapkan empat bank koperasi akan diwujudkan menjelang tahun 2020 yang mana Koperasi Co-Opbank Persatuan Malaysia Berhad kini merupakan bank koperasi kedua di negara ini selepas Bank Rakyat dan telah menerima kelulusan daripada SKM dan Bank Negara,” katanya.
Beliau berkata, Co-opbank Persatuan juga berjaya menyahut seruan kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang telah dan akan dilaksanakan.
“Dengan tahap kesedaran yang semakin meningkat dan sokongan kepada syarikat-syarikat korporat, adalah menjadi matlamat kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak pihak khususnya sektor korporat untuk tampil membantu dan menyalurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada golongan yang memerlukan.

Sumber: newsabahtimes
0 comments: