SETIAP kali anda ingin meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja atau pulang ke kampung atau bertugas di luar kawasan, apakah yang anda fikir tentang keadaan rumah yang anda tinggalkan?
Pastinya anda sering mengharapkan rumah yang ditinggalkan selamat. Maklumlah, saban hari ada saja kita mendengar kes pecah rumah berlaku. Walaupun kita tinggal di taman perumahan yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan, orang jahat tetap ada pelbagai strategi untuk masuk ke rumah kita dan mengambil barang-barang berharga.
Trend pecah rumah tidak lagi berlaku pada malam hari. Bagi 'orang jahat' siang hari mungkin lebih lancar aktiviti mereka? Maklumlah kawasan perumahan ketika itu sunyi dan penghuni kebanyakannya tidak bekerja. Jika ada pun yang tinggal mungkin hanya duduk di dalam rumah menonton telenoval atau drama-drama bersiri yang meruntun jiwa dan perasaan. Mereka tidak sedar malah tidak peduli pun apa yang terjadi di rumah sebelah.
Anda hanya sedar apabila tuan rumah yang balik dari kerja memaklumkan dalam wasap grup bahawa rumah mereka telah dipecah masuk. Namun tiada siapa yang tahu, hatta pengawal keselamatan sekali pun.
Apa agaknya si penjenayah ini lakukan hingga boleh bebas menceroboh masuk mana-mana kediaman, malah ada kedengaran juga yang si penjenayah ini sempat pula makan tengahari di rumah yang mereka masuki.
Keberanian mereka jangan dipandang ringan. Mungkin awalnya hanya pecah masuk yang mengambil barang-barang berharga, esok lusa mungkin juga hingga ke peringkat membunuh. Dan jangan sesekali berangappan apa yang menimpa jiran anda tidak akan terjadi ke atas anda!
Hari ini Sorot mengupas kisah pecah rumah di siang hari ini dan kita lihat apa yang perlu anda lakukan...
Dua kali rumah dipecah masuk pencuri
Dua kali rumah dipecah masuk pencuri pasti menjadi pengalaman pahit buat mereka yang melaluinya.
Apa tidaknya, sudahlah harta benda hilang, keselamatan ahli keluarga juga menjadi taruhan. Sedangkan itu rumah sendiri. Rumah yang patutnya selamat dan kita aman menjadi penghuninya.
Bagi Aswandi Mohamad 38, rumahnya dipecah masuk pencuri sewaktu dia pulang ke kampung untuk berhari raya. “Dua kali rumah dipecah masuk dan kedua-dua kejadian berlaku sewaktu kami pulang beraya ke kampung. “Kejadian pertama berlaku, perkakas elektrik, tabung anak-anak, barang kemas isteri dicuri. Kali kedua hanya barang elektrik yang dicuri kerana barang berharga lain, kami bawa pulang,” katanya. Menurutnya, selepas kejadian tersebut, dia meningkatkan tahap keselamatan dengan cara memasang kamera litar tertutup.
“Dengan pemasangan kamera litar tertutup dan menggunakan kunci yang lebih berkualiti, kami rasa lebih selamat. Sehingga hari ini tiada lagi lagi kejadian kecurian di rumah saya.
“Ditambah pula dengan dengan jawatankuasa penduduk yang sama-sama menjaga keselamatan kawasan perumahan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyimpan wang yang banyak di rumah kerana penjenayah mengambil peluang di atas kelalaian individu.
“Jangan beri peluang kepada mereka untuk ambil apa-apa yang berharga dari rumah kita. Sekarang ada perkhidmatan menyimpan emas di bank. Begitu juga wang. Simpan di situ,” katanya.
Pengawal keselamatan cegah aktiviti jenayah
Menempatkan pengawal keselamatan di kawasan perumahan mampu mencegah dan mengurangkan jenayah pecah rumah.
Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Seri Mustapa Ali berkata, kadar jenayah mampu dikurangkan kira-kira 70 hingga 80 peratus dengan adanya khidmat pengawal keselamatan.
“Kebanyakan kes jenayah pecah rumah berlaku di kawasan yang tidak mempunyai pengawal keselamatan.
“Jumlah 20 peratus lagi bagi kes jenayah terpencil. Sebab itu kita sarankan pihak berwajib untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan perumahan,” katanya kepada Sinar Harian.
Mustapa berkata, pihak berwajib seperti badan pengurusan bersama (JMB) perlu mendapatkan khidmat pengawal keselamatan daripada syarikat berdaftar.
“Kita dapat tahu ada pihak yang ambil perkhidmatan pengawal keselamatan daripada syarikat tidak berdaftar.
“Kita semua tahu syarikat tidak berdaftar ini tidak mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP).
Jelasnya, pengawal keselamatan dari syarikat berdaftar perlu mengikuti kursus Certified Security Guard (CSG) di pusat Latihan.
“Ini antara syarat yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap individu yang bakal bekerja sebagai pengawal keselamatan.
“Dari sini mereka diajar cara bekerja yang betul, turut diajar menggunakan peralatan keselamatan dan seni mempertahankan diri,” katanya.

Sumber: sinarharian
0 comments: