Pengerusi Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Lily Aw Lai Kheng berkata tiga penduduk di kawasan taman perumahan itu dilaporkan telah menghidap demam denggi.
“Tumpuan harus diberikan bagi membersihkan sampah yang boleh menjadi tempat nyamuk aedes membiak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.
Menurutnya Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Demam Denggi Daerah Sandakan hari ini juga memutuskan untuk mengadakan gotong- royong di kawasan taman perumahan itu pada Ahad ini bermula jam 7 pagi.
Katanya semburan asap hanya boleh dilakukan oleh Jabatan Kesihatan dan tidak digalakkan dilakukan oleh syarikat swasta.
Lily berkata semburan asap dilakukan antara jam 5 pagi hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 8 malam. Nyamuk aedes aktif pada waktu tersebut dan boleh membiak di takungan air biarpun air dalam kuantiti sedikit, katanya.
Sumber: Bernama
0 comments: