Perkara itu didedahkan menerusi satu kaji selidik yang dijalankan Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.
Kaji selidik itu membabitkan 5,595 responden berusia antara 18 hingga 60 tahun.
Antara soalan yang ditanya, pernahkah mereka merancang untuk hari tua?
Responden paling ramai menjawab 'ya' adalah mereka yang berusia 40 hingga 59 tahun, iaitu kira-kira 820 orang. Ia diikuti golongan responden berusia antara 26 hingga 39 tahun.
Manakala responden paling ramai yang menjawab 'tidak' adalah golongan berumur 18 hingga 25 tahun.
Antara jawapan kepada mengapa mereka tidak berbuat demikian adalah 25.01 peratus responden menjawab bahawa mereka tidak pernah memikirkan tentang perkara tersebut.
Sementara, 21.08 peratus berpendapat terlalu awal untuk memikirkan tentang persiapan hari tua.
Menariknya, 12.99 peratus responden menjawab mereka 'hanya menyerah kepada takdir' dan 7.18 peratus mengharapkan kepada anak-anak mereka pada usia persaraan nanti.
Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia UPM, Prof. Dr. Tengku Aizan Hamid, menekankan kepentingan melakukan persiapan pada usia muda sebelum terlambat.
"Rakyat Malaysia ini bukan futuristik dalam pemikiran mereka. Apabila sudah mendekati usia persaraan baru hendak merancang untuk hari tua. Ini kerana mereka menjalankan kehidupan seharian begitu sahaja tetapi kalau kita melihat dalam perancangan hidup awal-awal lagi kita perlu ada pendidikan sebagai persediaan untuk bekerja, jadi untuk hari tua juga kita kena persediaan sebegitu."
"Zaman sekarang bukan macam dahulu. Dulu tidak banyak cabaran sekarang zaman berubah dan kehidupan juga semakin mahal jadi kita memang perlu sediakan simpanan berapa yang kita perlukan untuk hari tua," katanya kepada Astro AWANI pada Konvensyen Kebangsaan Pembekal Perkhidmatan Penjagaan Berkediaman Warga Emas "Dari Perkhidmatan Penjagaan Warga Emas Ke Industri Berkediaman Warga Emas" di sini, pada Jumaat.
Berdasarkan unjuran yang dibuat Jabatan Perangkaan, negara dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2035 apabila 15 peratus penduduk merupakan warga emas.

Sumber: AstroAwani
0 comments: