Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dengan pelaksanaan bantuan kepada masyarakat kampung khususnya yang memerlukan seperti kelompok dan kumpulan yang berada dalam program E-Kasih melalui pelbagai bentuk pendekatan dan cara serta kaedah supaya bantuan mencapai ke pihak sasar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 43 Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata demikai semasa berucap merasmikan pelancaran agihan MyBeras di Dewan PPR Batu Sapi pada Rabu 1 Jun 2016..
Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Sapui berkata "Hari ini Kerajaan BN telah memperkenalkan insentif bantuan beras melalui Program Myberas, bertujuan supaya dapat meringankan beban kepada masyarakat yang kurang berkemampuan yang berada dalam garis kimiskinan serta berdaftar dengan program E-Kasih.
Pada masa sama beliau menyeru, supaya para penduduk dalam kawasan Batu Sapi sentiasa mengeratkan hubungan perpaduan yang sedia ada, menjadi sebuah kesatuan yang utuht dan kukuh merupaka satun elemen yang penting sebagai konsep mensejahterakan rakyat dan menjamin kemakmuran masa depan negara.
Hadir sama; Pengerusi Persatuan Peladang En. Ariffin Baco, Ustaz Imran Osman, mewakili Majlis Perbandaran Sandakan, PPM Sekong En. Zantapha zinal Abidin, CDO Sekong Cik Katijah Ebrahim, Ahli Majlis Perbandaran Sandakan En. Jaafar Jakaria, Ahli Majlis MPS dan Ketua Penenrangan UMNO Batu Sapi En. Husin Nasip.
Datuk Samsudin Yahya disambut para pemimpin masyarakat tiba di Dewan Serbaguna
PPR Batu Sapi
Para masyarakan yang layak menerima bantuan MyBeras
Datuk Samsudin Yahya menyerahkan bantuan kepada penerima
Datuk Samsudin Yahya bersalaman dengan masyarakat yang hadir program
Sumber: Penenrangan UMNO Batu Sapi
0 comments: