29 Mac 2016

Tanggungjawab ibu bapa memastikan anak menerima pendidikan sempurna - Datuk Samsudin Yahya


Datuk Samsudin Yahya menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan kepada salah seorang murid


Tanggungjawab ibu bapa adalah untuk memastikan anak masing-masing mendapat pendidikan yang sempurna sehinggalah ke peringkat yang tertinggi supaya menikmati pekerjaan yang mampu menjamin masa depan mereka dan keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 43 Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Segaliud baru-baru ini.

Beliau berkata tugas memberikan pendidikan kepada anak-anak adalah tanggungjawab bersama dan ibu bapa seharusnya tidak menjadikan kekurangan sebagai satu alasan menghalang anak-anak berjaya dalam pendidikan.

Datuk Samsudin yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu sapi berkata "Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited memberikan kemudahan kepada rakyat melalui bantuan khas seperti BR1M, Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Bantuan Baucer Buku, Bantuan Awal Persekolahan dan pelbagai lagi bantuan kemudahan bertujuan untuk meringankan beban rakyat."

Selain itu kerajaan BN telah memansuhkan yuran pendidikan persekolahan pelajar, ini menunjukkan ianya dapat meringankan beban para ibu bapa.

Beliau berkata, mengenai Bantuan RM100 kepada setiap murid sekolah yang layak menerima seharusnya dimanafaat untuk benar-benar sebagai keperluan anak-anak yang bersekolah untuk pakaian seragam dan lain-lain keperluan mereka supaya dapat nikmati pembelajaran dengan selesa.


Datuk Samsudin Yahya berucap merasmikan MAT PIBG SK Segaliud


Pengerusi PIBG SK Segaliud menyerahkan Cendrahati kepada Datuk Samsudin Yahya


Murid-murid bergambar bersama Datuk Samsudin Yahaya


Datuk Samsudin Yahya (duduk tengah)


Para hadirin ibu paba di MAT PIBG SK Segaliud


Datuk Samsudin Yahya bersama rombongan tiba di SK Segaliud



Sumber:  Penerangan UMNO Batu Sapi



Related Posts:

0 comments: