13 Mac 2016

LPKP laksana operasi banteras kerata sapu

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Kota Kinabalu akan melaksanakan operasi pada masa terdekat untuk membanteras “kereta sapu” pemandu pengangkutan yang tidak mempunyai lesen permit.

Pengerusi LPKP Datuk Raime Unggi berkata pihaknya serta Agensi Penguatkuasa lain akan membuat tindakan tersebut setelah banyak aduan yang diterima oleh Persatuan Pengusaha Pengangkutan.

“Mengikut aduan para pemandu pengangkutan awam, semakin banyak “ kereta sapu “ berleluasa dan menyebabkan pemandu yang berdaftar tidak mendapat pendapatan harian yang disasarkan, “ Ulasan Raime di Sidang Media Sesi Dialog Antara Pengerusi LPKP Sabah Bersama Persatuan Kenderaan Perdangangan Kota Kinabalu di Bilik MesyuaratLPKP, Kompleks KWSP, kelmarin.

Raimi juga merangkap Ahli Parlimen Tenom berkata para penumpang yang menaiki pengangkutan yang tidak berdaftar boleh membahayakan keselamatan penumpang kerana menaiki pemandu yang tidak mempunyai identiti rasmi.

“Saya mengingatkan kepada penumpang agar menaiki kendaraan yang berdaftar bagi menjamin keselamatan mereka dan mengutamakan kenderaan berdaftar,” katanya.

Kata Raime, kawasan yang dikenalpasti mempunyai banyak kenderaan pengangkutan yang tidak berdaftar seperti di lapangan terbang, Terminal Wawasan, Manggatal dan area berdekatan dengan Pasar Filipina.

Daripada hasil mesyuarat ini, LPKP bercadang akan menubuhkan satu persatuan diantara Agensi Penguatkuasaan dan Persatuan Pengusaha di negeri ini.

Kata Raime, tujuan perstubuhanini dilaksanakan agar pemandu berdaftar dapat membuat laporan secepat mungkin sekiranya melihat pemandu tidak berdaftar mengambil kesempatan menaikkan para penumpang.

“Kepada pemandu pengangkutan yang tidak berdaftar, mereka juga boleh mendaftar untuk mendapatkan lesen permit supaya status mereka dijamin oleh pihak berkuasa,” katanya.


Sumber:  newsabahtimes


0 comments: