28 Disember 2015

MAJLIS PERASMIAN SANDAKAN BIKES GATHERING KALI KE-2 - Oleh Datuk Samsudin Yahya


Datuk Samsudin Yahya meninjau pemeran motosikal berkuasa tinggi

Usaha penganjuran yang dimainkan gabungan Kelab-Kelab Motosikal negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Semenanjung Malaysia dan Brunei dapat meningkatkan kesepaduan di kalangan ahli-ahlinya dan para penggemar motosikal berkuasa tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 43 Sekong berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sandakan Bikes Gathering Kali Ke-2 di Harbour Mall, Sandakan pada Sabtu.

Katanya penganjuran pameran terutamanya motosikal yang berkuasa tinggi bukan sahaja dapat mengeratkan silatur rahim kalangan ahlinya yang sedia ada namun pada masa sama berjaya menarik perhatian penggemar dan peminat serta masyarakat awam berhimpun.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi turut memberikan sokongan supaya program seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada tahun hadapan.

Hadir sama; PPM Kawasan Sekong En. Zantapha Zainal Abidin dan Ketua Penerangan UMNO Batu Sapi En. Hussin Nasip.

Datuk Samsudin Yahya sedang menyampaikan Ucapan Perasmian

Datuk Samsudin melancarkan konvoi penunggang motosikal di majlis perhimpunan itu

Pengerusi Penganjur menyampaikan hadiah Cenderahati kepada Datuk Samsudin Yahya

Datuk Samsudin Yahya menyerahkan hadiah kepada salah seorang pemenang pada pameran Motosikal Berkuasa Tinggi
Datuk Samsudin Yahya berucap di Majlis Perasmian Sandakan Bikes Gathering


Sumber:  penerangumnobatusapi

0 comments: