Kerajan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan amat menitiberatkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan keperluan rakyat.
Agensi kerajaan hendaklah memastikan bahawa apa juga bentuk projek kerajaan yang melibatkan keperluan rakyat mestilah disegerakan pelaksanaannya pada kadar segera.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj. Aman berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lupak Meluas di Parlimen Batu Sapi, Sandakan pada Jumaat.
Beliau memberi teguran kepada pihak kontrektor kerana gagal menyiapkan PPR Lupak Meluas mengikut jadual yang telah tetapkan.
Beliau menyarankan kepada pihak terbabit terutama agensi dan kontrektor agar segera menyiapkan projek berkenaan supaya dapat diduduki oleh rakyat yang sangat memerlukan kediaman.
Hadir sama; Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hj. Zakaria Mohd Edris, ADUN Kawasan Sekong Datuk Samsudin Yahya, Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Tn. Hj. Hamsan Awang Supain serta beberapa pemimpin parti komponen BN.
Datuk Samsudin Yahya mengiringi Ketu Menteri meninjau perkembangan
PPR Lupak Meluas
PPR Lupak Meluas
Ketua Menteri memerhatikan perkembangan PPR Lupak Meluas
Rombongan yang turut menyaksikan perkembangan PPR Lupak Meluas
Sesi perbincangan bersama Wakil2 Rakyat dengan pihak kontrektor
Datuk Seri Musa Hj. Aman sedang ditemurama oleh wartawan
Tersergam indah bangunan PPR Lupak Meluas, Jalan Batu Sapi
Sumber: penerang umno batu sapi
0 comments: