03 Februari 2015

Sabah bakal berdepan dengan cuaca panas dan kering berpanjangan




Sejak Disember lalu, sebahagian besar negeri di Semenanjung Malaysia dan di Malaysia Timur termasuk di Sabah dilanda bencana banjir yang teruk.

Selepas banjir berakhir di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah bakal berdepan dengan cuaca panas dan musim kemarau yang berpanjangan.

Cuaca panas yang dijangka akan melanda Sabah Mac depan disebabkan negeri itu berada di penghujung monsun timur laut.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abd. Malik Tussin berkata faktor itu juga dipengaruhi faktor pengurangan taburan hujan yang berlaku sejak awal, bulan ini.

Tambah beliau, suhu ketika cuaca panas itu dijangka meningkat ketara jika ia berlaku serentak dengan musim panas El-Nino.

“Negara kita akan mengalami musim kering yang biasanya berlaku pada penghujung monsoon timur laut di bulan Feb dan Mac,” katanya lagi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah kerana musim kemarau tersebut boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Orang ramai yang ditemui menyifatkan cuaca panas yang disebabkan oleh peralihan musim itu mula dirasai.

Ada yang mengadu mula mengalami sakit kerongkong, batuk dan selesema berikutan perubahan cuaca daripada cuaca sejuk kepada panas.


Sumber: astroawani


0 comments: