06 Februari 2015

Perjuangan Kumpulan Zero di Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2014




Mereka datang dari keluarga susah dan sederhana dari sebuah kampung terpencil di utara Sabah. Setelah pemergian ayahanda mereka yang tersayang, merekalah yang menjadi ketua keluarga untuk mencari nafkah. Mereka dibesarkan dalam komuniti nelayan pantai, sehingga dewasa  mereka tetap bekerja sebagai nelayan dan itulah mata pencarian mereka bagi mengumpul sumber rezeki.

Cita-cita mereka begitu tinggi menggunung yang hendak mereka buktikan ke tahap menjadi usahawan nelayan pantai yang maju dan pada masa sama ingin membina sebuah kedai runcit diperkampungan komuniti. Sebab, hanya itu sahaja kemahiran ilmu pengetahuan mereka,  tidak pernah belajar sampai menara gading, bukannya tidak mampu untuk belajar seperti anak-anak yang lain, tetapi sumber ekonomi yang menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan alam persekolahan.

Seni pertahan diri tradisional (muscle art) yang mereka pelajari dan latih dan watak unik yang mereka miliki sesuatu kelebihan yang ada pada mereka. Mungkin dengan kemahiran itu mereka dapat mewujudkan organisasi kumpulan untuk mencuba nasib di pentas persembahan lawakjenaka.

Mereka sendiri mengakui bukannya mudah bersaing dengan masyarakat kota yang sudah dilengkapi pelbagai kemudahan, alat bantu yang dimiliki. Namun dengan semangat kesatupaduan mengurus diri untuk tekun mempelajari ilmu persembahan lawakjenaka tidak mustahil mereka boleh bersaing.

Kadang-kadang mereka menghadapi pertengkaran sesama sendiri hanya kerana tidak sependapat dalam mengeluarkan idea dan sepakat menentukan keputusan yang perlu diambil. Mungkin kerana niat mereka bersih untuk berubah menuju matlamat cemerlang dalam persembahan mengembalikan komitmen mereka untuk terus berjuang mengharungi cabaran.

Kekadang dapat kita saksikan tekanan dari pihak juri apabila menilai dengan suara dan ungkapan yang boleh menekan semangat mereka, dan tidak kurang juga tekanan dari jurulatih mereka. Pelajaran ilmu pertahan diri besar kemungkinan yang menjadikan modal mereka bertahan bersungguh sehingga sama-sama dengan otai-otai lawakjenaka yang lain menembusi pentas terakhir Maharaja Lawak Mega 2014.

Mereka telahpun meletakkan sasaran untuk menang di tempat pertama, itu adalah cita-cita mereka mahu menawan hati audien di pentas Maharaja Lawak Mega peringkat akhir malam ini.

Tidak mustahil anak kampung boleh menjadi tarikan penonton, tidak mustahil anak kampung boleh mentertawakan audien terbahak-bahak, tidak mustahil anak kampung boleh menggegarkan dewan persembahan dan tidak mustahil anak kampung boleh memegang piala kemenangan Maharaja Lawak Mega 2014.

Saya percaya, malam ini mereka KUMPULAN ZERO adalah antara kumpulan yang menjadi perhatian audien.


Oleh: admin


0 comments: