Hari ini, satu hari bulan Januari Masihi 2015 umat manusia seuruh dunia meraikannya dengan pelbagai cara menurut budaya masing-masing. Kebetulan pula hari ini kita berada dalam bab bulan Rabiul Awal tahun Hijriah 1436.
Terdapat banyak peritiwa penting berlaku di bulan Rabiul Awal semasa zaman Baginda Rasulullah SAW, saya petik hanya dua daripada peritawa penting itu untuk kita imbas kembali sebagai agenda motivasi supaya berhati-hati dengan serangan yang sedang melanda umat Islam di seluruh dunia ketika ini.
Pertama:
Kedua:
Serangan tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella ke bumi Gharnada, bandar dan kubu terakhir tentera Islam di Andalusia pada bulan Rabiul Awal tahun 897 Hijrah.
Akibat daripada serangan itu tentera Islam ditundukkan di Andalusia, ini merupakan peristiwa kejatuhan sebuah negara Islam yang amat menyayatkan hati. Orang Islam di sana dibunuh dengan kejamnya dan segala warisannya dimomokkan.
Antara sebab kejatuhan negara Islam tersebut adalah perpecahan sesama umat Islam, tidak lagi menurut perintah Allah سبحانه وتعالى., kelemahan dari segi stategi perancangan dan juga kekuatan untuk menghadapi ancaman kaum Nasrani. Kejatuhan tersebut ditangisi oleh semua umat Islam sehinggakan ada dikalangan penyair yang menulis kesedihan sebagai kandungan syair-syair mereka.
Kehilangan kekuasaan itu membawa rmakna suatu kemusnahan tamaddun sejarah warisan umat Islam, masjid-masjid diubah menjadi gereja dan muzium dan tidak lagi kedengan laungan azan berkumandang di negara berkenaan.
Tahun lepas 2014 yang berakhir semalam, diselubungi dengan berbagai bentuk musibah melanda umat dan bumi. Ia bagaikan memperlihat peristiwa-peristiwa yang pernah dialami oleh umat terdahulu yang dipupuskan dari muka bumi seperti peritiwa kaum Ad dan Tsamud. Seumpa suatu tanda kekuasaan dari langit diperlihatkan kepada umat moden masakini.
Sehubungan itu saya titipkan terjemahan teks Khuba yang terakhir disampaikan Baginda Rasulullah SAW kepada umat Islan dan juga sebagai nasihat kepada seluruh umat manisa seluruh dunia.
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW pada 9 Zulhijjah 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Susunan: Admin
0 comments: